Friday, December 2, 2011

MAT SABU TUNJUK HERO PAS DALAM PAKATAN PEMBANGKANG



Timbalan Presiden PAS mengukuhkan kedudukannya dalam Pakatan Pembangkang apabila menjadi orang pertama yang akan mengheret Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman 2011 ke mahkamah.

Selepas mencetuskan beberapa kontroversi sebelum ini, Mat Sabu yang dilihat bakal menerajui PAS pada masa akan datang telah bertindak mendahului DAP dan PKR apabila memfailkan semakan kehakiman ke atas terhadap Perdana Menteri dan kerajaan Malaysia kerana membentangkan rang undang-undang Perhimpunan Aman yang didakwa bertentangan dengan perlembagaan.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan PAS, Mat Sabu dan dua lagi anggota parlimen PAS telah pergi ke Mahkamah Tingggi Kuala Lumpur pagi tadi dan menuntut perintah deklarasi bahawa responden bertindak melebihi kuasa dan atau menyalahguna kuasa dengan membentangkan rang undang-undang itu.

Mat Sabu juga memohon perintah larangan supaya responden daripada terus melakukan tindakan itu.

Berdasarkan situasi terbaru ini, Mat Sabu merupakan orang pertama yang membawa rang undang-undang ke mahkamah walaupun Dewan Rakyat telahpun meluluskan Undang-Undang Perhimpunan Aman 2011 yang menjadi pertikaian Pakatan Pembangkang selama ini.

Selepas ini, pihak Malaysia Book of Records bolehlah menganugerahkan sijil kepada Mat Sabu. Ini bukan kali pertama Mat Sabu mencetuskan sejarah dalam mencatat rekod Malaysia dan tentu sekali kali terakhir Mat Sabu mencatat rekod Malaysia apabila menyanjungi komunis yang ternyata duri dalam daging bagi kebanyakan penduduk Malaysia yang pernah hidup dalam zaman komunis. 

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger