Monday, December 26, 2011

MUSTAFA ALI PENGECUT LAGI PENAKUT



Kenyataan Setiausaha Agung PAS, Mustafa Ali yang enggan menjawab dakwaan Dr Hassan Ali berhubung perbuatannya yang kerap berjumpa dengan pemimpin UMNO dan mengulas kenyataan akhbar bagi menjawab dakwaan Mustafa Ali sebelum ini.

Selain pengecut, Mustafa Ali juga dilihat penakut terhadap bayang-bayang sendiri berhubung jawapan Dr Hassan Ali. Malah, seperti mengiyakan dakwaan Dr Hassan Ali  sebelum ini bahawa Mustafa Ali seorang yang tin kosomng dan penabur fitnah.

Sebaliknya, dakwaan Mustafa Ali terhadap Dr Hassan Ali yang ada mengadakan perjumpaan dengan pemimpin UMNO di sebuah hotel dalam bulan puasa lalu adalah bertujuan mengelirukan penyokong PAS mengenai perjuangan Dr Hassan dalam PAS. Malah boleh dikatakan dakwaan Mustafa Ali itu adalah suatu fitnah jahat dan mempunyai unsur-unsur untuk menjatuhkan politik Dr Hassan Ali.

PAS perlu sedar bahawa selama ini apa yang diperjuangkan Dr Hassan Ali dalam PAS adalah Islam, kedudukan orang Melayu serta raja-raja Melayu dan bukan seperti yang didakwa Mustafa Ali. Sebaliknya, PAS telah kehilangan asas perjuangan seperti yang diperkatakan Dr Hassan Ali dalam wawancara Soal Jawab di TV3 sebelum ini.

Mustafa Ali dilihat sengaja menimbulkan isu ini untuk menutup kelemahannya yang gagal memperjuangkan Islam, kedudukan orang Melayu serta raja-raja Melayu seperti yang dilakukan oleh Dr Hassan Ali. Malah, PAS kini dilihat sudah tergelincir daripada landasan Islam setelah ‘berkahwin’ dengan DAP.

Keghairahan Mustafa Ali menuduh Dr Hassan Ali dengan pelbagai macam dakwaan telah dijawab dengan baik lagi pantas. Setiap dakwaan Mustafa Ali telah dijawab dengan penuh fakta dan bernas sehingga menyebabkan Mustafa kini umpama 'cacing kepanasan'.

Dalam kes ini, pemimpin dan penyokong PAS tidak sepatutnya takut untuk menyokong Dr Haasan kerana apa yang diperjuangkan beliau adalah sesuatu yang amat diperlukan ketika ini.

Jangan hanya kerana takut kehilangan jawatan, pemimpin PAS lain sanggup melihat pemimpin yang berwibawa seperti Dr Hassan difitnah dengan pelbagai tuduhan. 

1 komen:

  1. Dr Hassan Ali patut keluar dari PAS serta join mana2 badan bebas dan terus berjuang di atas dasar islam,bangsa serta mempertahankan raja2 melayu...tidak ada maknanya lagi untuk beliau mempertahankan parti haprak yg terang2 terkeluar dari perjuangan asal dan tak pernah menghargai jasa2 beliau selama ini...parti haprak yg di pimpin2 oleh mereka2 yg kurang cerdik dan rendah moral seperti Mat sabu, mahfoz sudah tentu lambat laun akan kecundang..

    ReplyDelete

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger