Thursday, December 29, 2011

NGA KOR MING DAKWA TERIMA UGUTAN BUNUH CUBA TUTUP KES SEBENAR



Ketika Ahmad Sofian menunggu Nga Kor Ming di Pejabat DAP Perak selama lebih 2 jam bagi menyerahkan saman yang didakwanya akan dibuat terhadap blogger Sekupangdua itu, Nga Kor Ming telah ‘melakonkan’ wataknya yang cukup sempurna dengan mendakwa dirinya telah menerima ugutan bunuh.

Tujuannya adalah untuk mengalih perhatian rakyat terhadap kesnya yang telah memberikan kontrak secara tidak sah dan menggunakan kuasanya sebagai pemimpin negeri ketika itu dalam memberikan kontrak kepada syarikat yang mana isterinya mempunyai jawatan dan kepentingan walaupun telah membida dengan harga yang sangat tinggi.

Sebelum ini, nama DAP sudah jatuh menjunam disebabkan pergeseran Pengerusi DAP, Karpal Singh dan Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P.Ramasamy yang sampai ke kemuncak.

Pada jam 10.00 pagi Ahmad Sofian telah menunggu Nga Kor Ming di depan Pejabat DAP Perak namun dirinya itu tidak muncul. Sebaliknya, Nga Kor Ming yang penakut itu telah membuat kenyataan media yang dimiliki Pakatan Pembangkang, Malaysiakini bahawa dirinya konon telah menerima sampul surat yang mengandungi ugutan bunuh dan mengandungi sebutir peluru.

Dikatakan, bungkusan itu telah dihantar ke rumah ibu bapanya di Ayer Tawar, Perak. Dalam ugutan itu, tertulis perkataan "cina kurang ajar Yeop" dalam loghat tempatan, pengirimnya memberi "tiga pilihan", iaitu: Mampus cepat dengan peluru; Mampus lambat simbah dengan asid kat muka; dan Mampus lambat langgar dengan kereta, pakai kerusi roda.

"Ini amaran dari orang Melayu - jangan kurang ajar," bunyi surat tersebut,di mana peluru diletakkan dan dibalut dengan kertas tisu.

Menurut Nga, sampul surat itu telah dikirim melalui pos dan ibu beliau yang menerimanya.

Persoalan di sini, wajarkah pengirimnya menghantar bungkusan sampul surat yang mengandungi peluru dan nota ugutan itu di rumah ibubapanya? Sedangkan ramai yang tahu bahawa Nga Kor Ming tidak tinggal bersama dengan ibubapanya. Kenapa tidak terus menerus menghantar bungkusan itu ke rumahnya?

Kenyataan dan dakwaan Nga Kor Ming ini semacam suatu cerita yang direka-reka supaya rakyat beranggapan dirinya diancam.

Memuatkan nama orang Melayu itu seperti disengajakan memandangkan Nga Kor Ming kini berhadapan dengan blogger Sekupangdua yang berketurunan Melayu, Ahamad Sofian. Melalui cara ini, masyarakat beranggapan bahawa pemberian peluru dan ugutan itu datangnya daripada orang Melayu yang menyebelahi Ahmad Sofian.

Inilah taktik kotor Nga Kor Ming yang cuba untuk melarikan diri daripada kenyataan bahawa dirinya telah terlibat dalam penyalahgunaan kuasa semasa mentadbir negeri Perak selama 6 bulan lepas. 

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger