Thursday, December 22, 2011

NIK AZIZ TIDAK SEDARKAN DIRI SELEPAS MENONTON SOAL JAWAB BERSAMA HASSAN ALI



Menteri Besar, Nik Aziz Nik Mat telah dimasukkan ke sebuah hospital di Kelantan setelah mengetahui persengketaan yang berlaku dalam PAS telah semakin teruk. Beliau yang datang sakit secara tiba-tiba setelah menonton Soal Jawab di TV3 malam tadi telah dikejarkan ke hospital berdekatan.

Bagaimanapun, menurut Setiausaha Akhbarnya, Ahmad Fadzli Shaari sehingga kini Nik Aziz telah berada dalam keadaan stabil dan akan dibenarkan keluar dalam tempoh terdekat.

Status kesihatan Nik Aziz telah menjadi tanda tanya seluruh pemimpin dan ahli-ahli tegar PAS berhubung keupayaannya untuk bertanding pada PRU-13 akan datang.


Nik Aziz juga mengakui terkejut dengan pertelingkahan yang melanda pemimpin PAS menurut status facebooknya. Nik Aziz tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan sama ada menyokong atau tidak pendirian bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr. Hasan Ali.

"Merujuk kepada laporan muka hadapan The Star hari ini yang memetik bahawa pendirian Hasan disokong oleh Nik Aziz, sukalah dinyatakan bahawa Nik Aziz tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan sama ada menyokong atau tidak pendirian Hasan.

"Kenyataan terakhir Nik Aziz dalam isu Hasan Ali ialah menyerahkan isu ini untuk dikendalikan oleh Pesuruhjaya PAS Selangor dan seterusnya pimpinan PAS peringkat pusat. Justeru, tidak timbul isu Nik  Aziz menyokong pendirian Hasan,"

Ternyata dan tidak disangka, pertelingkahan Dr Hassan Ali dan pemimpin PAS Pusat telah secara langsung mengheret Nik Aziz ke hospital. 

1 komen:

  1. kembali la nik aziz,pandang lah kehadapan,lihat la malaysia ini yang dulu nya pas memperjuangkan islam..tapi sekarang mengikut telunjuk keling singh..min aina ila aina..bagusnya kita melayu duduklah semeja dan bergandingan membangunkan malaysia atas dasar ilam yg liberal,bukan atas desakan idealogi anwar ibrahim.tapi atas agama,asnat yang dibawa,dari mana hendak kemana hala tuju politik pas ini nampak seperti sudah tidak seimbang.jgn diikutkan dap atau pakatan.percaya lah..pru akan datang..pasti akan kalah teruk sekiranya masih lagi begini..percayalah...isu hasan ali..saya pasti tuan guru ada pandangan nyer..tp mengapa dahulu menjemput hasan ali ke dalam pas..kemudian membuangnya..pada saya banyak jasanya,sehingga dia sendiri mengatakan tiada calon yang lebih sesuai bagi pm malaysia andai pas menang iaitu tuan guru nik aziz atau hadi aang.ada dia sebut nama singh?x ada..tp sayangnya..dibuang..kerana anwar ibrahim..sape anwar ibrahim ini..pembelot..berapa banyak duit malaysia yang dia dah kebas..xkan tak tahu..saya malas nak bercerita sebab masing-masing dalam ni tahu...pkirla sedalamnya ....bukan untuk sesiapa..tapi untuk malaysia..(islam).

    ReplyDelete

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger