Thursday, December 22, 2011

PERGOLAKAN PAS: MUSTAFA ALI DAKWA UMNO BELI DR HASSAN ALI



Disebabkan tekanan yang dihadapi begitu teruk sebaik sahaja sidang akhbar Dr Hassan Ali di rumahnya kelmarin dan rakaman Soal Jawab yang disiarkan TV# jam 11.00 malam semalam membuatkan Setiausaha PAS, Mustafa Ali terpaksa mencari jalan lain untuk menepis dakwaan tersebut.

Seperti yang dinyatakan Dr Hassan Ali yang menyifatkan Setiausaha PAS, Mustafa Ali sebagai sudah kering isu dan pandai sebar fitnah, hari ini Mustafa Ali telah mengadakan sidang akhbar bagi menepis segala dakwaan Dr Hassan Ali. Menjadi kebiasaan, pemimpin PAS akan berdolak-dalih berhubung isu terbaru itu dengan mengaitkan UMNO dalam hal ini.

Dalam kenyataannya hari ini, Mustafa Ali mendakwa beliau mempunyai bukti untuk mengaitkan Pengerusi Hal Ehwal Agama Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali dengan agenda UMNO. Namun, sehingga selesai sidang akhbar, Mustafa Ali gagal menunjukkan bukti tersebut, sebaliknya hanya menyatakan satu pertemuan antara Hasan dan bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa di sebuah hotel bersama tiga pihak lain pada bulan puasa lalu.

Dengan nada marah, Mustafa Ali menegaskan PAS tahu segala pergerakkan Hassan Ali dan Nasharudin Mat Isa sentiasa diekori dan diintip seperti mana kecanggihan GPS.


Dalam pada itu, bagi menjawab pertuduhan Mustafa Ali itu, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata tidak wajar bagi PAS menuduh UMNO memperalatkan dua pemimpin parti pembangkang itu sebagai ejen UMNO berikutan kritikan terbuka mereka terhadap kepimpinan PAS sendiri.

UMNO tidak pernah mencampuri urusan dalaman PAS dan ini terbukti apabila bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa sendiri menyifatkan beberapa pihak dalam parti itu cepat melatah berikutan kenyataan beliau sebelum ini.

Ini secara jelas mencerminkan bagaimana terdesaknya PAS sehingga sanggup menuduh pemimpinnya cuba dibeli UMNO. Pemikiran yang singkat dan akal yang pendek membuatkan kenyataan Mustafa Ali itu diibaratkan sebagai menikam diri sendiri. 

1 komen:

  1. UMNO boleh urus jual beli pemimpin dan ahli PAS di kedai rakyat 1 malaysia .

    ReplyDelete

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger