Saturday, December 10, 2011

PKR BERBALAH DENGAN DAP TENTANG PEMBAHAGIAN KERUSI PARLIMEN SARAWAK



Selepas PRN Sarawak Ke-10 April lepas, PKR Sarawak masih dihantui oleh pembahagian kerusi khususnya dalam menghadapi PRU-13 akan datang. Itulah sebabnya pemimpin tertinggi PKR datang ke Sarawak dalam usaha untuk berunding mengenai pembahagian kerusi bersama DAP. Pada bulan Oktober lepas, Anwar Ibrahim telah datang ke Sarawak dan mengadakan lawatan singkat bagi tujuan berunding mengenai calon dan pembahagian kerusi PKR pada PRU-13. Dan, pada minggu ini, Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali datang ke Sarawak bagi tujuan yang sama.

Dalam PRU-13, PKR sangat berhati-hati mengenai pembahagian kerusi kerana tidak mahu pisang berbuah dua kali semasa PRN Sarawak Ke-10 lepas. PKR Sarawak mempunyai sejarah hitam ketika bersama dengan SNAP, parti pembangkang tempatan Sarawak. justeru, tidak hairanlah PKR kini sangat berhati-hati bagi mengadakan perbincangan dengan DAP Sarawak supaya tidak berlaku bertembungan kawasan. Dimaklumkan, ada 6 kerusi yang menjadi rebutan kedua-dua parti khususnya di kawasan majoriti Bumiputera.

Mengikut kenyataan Anwar Ibrahim sebelum ini yang mengumumkan bahawa isu pembahagian kerusi Pakatan Pembangkang di Sarawak akan dapat diselesaikan pada bulan penghujung Oktober. Bagaimanapun, sehingga kini penghujung bulan Disember dan akan beralih tahun ke 2012 akan menyusul masih juga tiada keputusan dan jalan penyelesaian. Alasannya masih dalam perbincangan seperti yang dimaklumkan Azmin Ali.

Secara jelas, isu pembahagian kerusi PKR-DAP di Sarawak tidak akan diselesaikan sampai bila-bila. Berbanding BN, parti pemerintah yang telah memerintah Sarawak sejak merdeka lagi tiada sebarang masalah dalam pembahagian kerusi. Ini sekaligus telah memberi fokus kepada BN untuk berkhidmat dengan rakyat dan bukannya sibuk dengan politik pembahagian kerusi yang tiada kesudahannya.

Kehadiran Azmin Ali ke Sarawak minggu ini sebenarnya bertujuan untuk berbincang dengan DAP dalam pembahagian kerusi seperti yang diarahkan Anwar Ibrahim. Jika isu ini tidak dapat diselesaikan berkemungkinan pertembungan sesama mereka dalam PRU-13 di Sarawak akan berlaku. 

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger