Friday, December 2, 2011

PRU-13: BN SARAWAK BERSEDIA HADAPI SERANGAN PAKATAN PEMBANGKANG



PRU-13 dan PRN Sarawak Ke-10 adalah dua suasana pilihan raya yang berbeza. Jika sebelum ini, BN Sarawak menghadapi pilihan raya paling sukar yang pernah dihadapi sepanjang penyertaan Sarawak dalam Malaysia, PRU-13 adalah sebaliknya.

Ini kerana pada PRU-13 nanti, kebanyakan pemimpin Pakatan Pembangkang di Semenanjung akan berkampung di kawasan masing-masing dan memberi fokus kepada keperluan jentera bagi menghadapi serangan dan tentangan BN.

Manakala di Sarawak, hakikat sebenarnya Pakatan Pembangkang yang terdiri daripada PKR, DAP dan PAS tidak sekuat yang dilihat semasa PRN Sarawak April lepas. Ini disebabkan mereka ‘berjaya’ atas kehadiran rakan-rakan dari Semenanjung Malaysia khususnya DAP dan PKR. Namun, di peringkat negeri, Pakatan Pembangkang ini diibaratkan menumpang populariti keangguhan Anwar Ibrahim dan kekafiran Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan Karpal Singh.

Lihat sahaja, kini sudah 8 bulan PRN Sarawak berlalu, namun tiada sebarang kemajuan mahupun pembangunan yang dilaksanakan pemimpin DAP dan PKR di kawasan yang mereka menangi. Sebaliknya, mereka ini hanya mengambil kesempatan di atas projek dan pembangunan yang dibuat BN sahaja dan meutarbelitkan fakta sehingga menyebabkan orang kampung khususnya yang duduk di luar bandar percaya bahawa itu semua kerja pemimpin Pakatan Pembangkang.

Di Sarawak, dalam PRU-13, hanya kerusi Parlimen sahaja yang dipertandingkan berlainan dengan negeri-negeri lain yang akan mempertandingkan kerusi DUN di peringkat negeri.



Kemenangan DAP dan PKR di Sarawak pada PRN Sarawak April lepas sebenarnya bukan disebabkan kekuatan Pakatan Pembangkang sebaliknya disebabkan pembelot-pembelot dalam parti seperti SUPP yang berpolitik berasaskan kepada sentimen kaum. Lihat sahaja di DUN Padungan dan DUN Batu Lintang yang dimenangi DAP dan PKR, dan kedua-duanya dalam Parlimen Bandar Kuching, yang terletak di kawasan bandar dan semua pembangunan ada, namun mengapa masih ramai masyarakat Cina menyokong DAP dan Pembangkang? Semuanya ini adalah disebabkan sentiment masyarakat Cina yang mahukan perubahan untuk menjadikan DAP sebagai parti memerintah.

Dan, kini, BN Sarawak sudah bersiap sedia menghadapi pilihan raya umum ke-13 dengan senario politik semasa yang dihadapi SUPP dan SPDP tidak akan menjejaskan kekuatan BN Sarawak.

Persoalan kini, adakah undi masyarakat Cina akan kembali kepada BN atau terus-menerus menyokong Pakatan Pembangkang???

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger