Thursday, December 8, 2011

SELEPAS JOHOR, AZMIN ALI SEBAR PULA FITNAH KE SARAWAK



Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali selamat tiba ke Kuching pada jam 3.00 petang dan disambut pemimpin-pemimpin PKR Sarawak sambil diiringi polis. Tujuan polis mengiringi Azmin Ali bukan atas sebab mahu menjaga keselamatannya, tetapi mahu melihat apakah tindak tanduk fitnah yang akan disebarkannya ke atas rakyat Sarawak.

Pada malam ini, Azmin Ali melakukan ceramahnya di Matang Jaya dalam Parlimen P.194 Petra Jaya. Dalam masa yang sama, kehadiran Azmin Ali ke Sarawak adalah bertujuan untuk membincangkan calon-calon PKR Sarawak yang bertanding dalam PRU-13 akan datang.


Seperti biasa, Azmin Ali datang ke Sarawak pastinya akan membawa model Selangor yang didakwanya sebagai ciri-ciri kepimpinan negeri yang terbaik di Malaysia berbanding di Sarawak. Seperti biasa, Sarawak dilabelkan PKR sebagai negeri paling miskin di Malaysia.

Demikian juga dengan kepimpinan BN Sarawak yang dikatakan tidak mampu membawa Sarawak menjadi negeri maju seperti mana yang dilakukan PKR ke atas Selangor. Hakikatnya, negeri Selangor maju sejak di bawah pemerintahan BN lagi dan PKR hanya mengambil nama sahaja.


Dalam minifesto PKR di Selangor dengan mengambil contoh pemberian air secara percuma kepada seluruh rakyat Selangor termasuklah pemimpin BN. Persoalan di sini, apakah semua rakyat Selangor menerima pemberian air secara percuma daripada Kerajaan Selangor pimpinan Pakatan Pembangkang?

Isu melibatkan cincin yang berharga RM24 juta yang dikatakan dimiliki oleh Datin Rosmah Mansor. Sambil menyifatkan dakwaan PKR itu benar dan kenyataan daripada Menteri Di Pejabat Perdana Menteri yang memaklumkan cincin itu hanya untuk pameran telah disifatkan sebagai palsu.

Mengaitkan isu pembunuhan Altantuya dengan Perdana Menteri menjadi intipati ceramah Azmin Ali. Walaupun Perdana Menteri telah melakukan 4 kali sumpah bagi membersihkan namanya sedangkan orang yang memfitnahnya tidak berani bersumpah, namun dakwaan mengaitkan Altantuya dengan Perdana Menteri tidak pernah padam. Mereka percaya orang Sarawak semuanya bodoh hingga sanggup percaya dakwaan Azmin Ali itu. Namun, tidak semua rakyat Sarawak yang pandai dan ada sebahagian yang hadir pada malam itu boleh dikatakan ‘bodoh’ sehingga sanggup bertepuk tangan dan menyatakan sokongan terhadap dakwaan itu.


Cita-cita Azmin Ali untuk menjawat jawatan menteri sekiranya Pakatan Pembangkang menang pada PRU-13 ini tidak pernah padam sambil menyasarkan mahu memegang portfolia sebagai Menteri Dalam Negeri. Dengan tujuan mahu membebaskan Anwar Ibrahim dan membongkar kes-kes yang dikatakan tiada kes seperti mana yang dikatakan Ketua Polis Negara.

Secara berbangga, Azmin Ali mengecam UMNO dan BN yang memperlekehkan ucapan perasmian Konvensyen PKR di Johor sehingga dikatakan mahu merobohkan institusi kehakiman dan penjara sekiranya Anwar Ibrahim atas kesalahan liwat. Difahamkan perbicaraan liwat Anwar Ibrahim ke atas Saiful Bukhari Azlan akan memasuki fasa terakhir bermula 12 Disember ini sebelum dijatuhkan hukuman. Sambil meminta rakyat melakukan mogok dan menentang Anwar Ibrahim dipenjara, Azmin Ali mahu rakyat di Sarawak dan Malaysia khususnya melancarkan huru-hara seperti di negara Syria, Mesir, Libya dan beberapa negara Timur Tengah.

Kes Fedlot yang kini hangat menghantui negara kini menjadi mainan politik Pakatan Pembangkang. Azmin Ali secara terang melabelkan Sharizat Abdul Jalil sebagai lembu. Walaupun polis telah mengeluarkan kenyataan bahawa tiada kes dalam Fedlot itu dan Pengerusi syarikat juga telah memaklumkan bahawa segala dakwaan dan fitnah yang dilemparkan ke atas dirinya dan syarikat adalah palsu.


Demikian juga dengan Perhimpunan UMNO di PWTC minggu lepas yang disifatkannya sebagai membazir. Sepanjang 5 hari dan 4 malam, pemimpin UMNO tiada kesudahannya mengehentam Pakatan Pembangkang dengan membawa politik mencaci dan mencemuh. Sambil menyifatkan tindakan pemimpin UMNO itu sebagai budaya yang kotor dan wajar ditolak rakyat.

Secara yakin, Azmin Ali mengumumkan di hadapan hadirin bahawa PRU-13 akan menjadi milik Pakatan Pembangkang atas kuasa rakyat seperti mana slogan PKR malam ini ‘Demi Rakyat’. Namun, tidak semua rakyat yang hadir bersetuju dengan kenyataan itu melainkan ahli-ahli PKR dan Pakatan Pembangkang yang hadir pada malam ini. Pada mereka, keyakinan Azmin Ali itu bersifat keterlaluan dan jika memakan diri pastinya akan membawa kemaluan yang amat besar.

Secara keseluruhan inti pati ceramah Azmin Ali pada malam ini lebih bersifat mahu memfitnah rakyat Sarawak. Kepimpinan PKR Sarawak dan Azmin Ali menyifatkan rakyat Sarawak sangat jauh ketinggalan dalam penyebaran maklumat. Dengan berpaksikan kebenaran, tujuan Azmin Ali datang ke Sarawak adalah mahu menerangkan situasi semasa fitnah yang dilontarkan Pakatan Pembangkang ke atas Sarawak.

Alahai Azmin Ali, jangan ingat masyarakat Sarawak bodoh dan ketinggalan zaman khususnya dalam mengetahui hal-hal politik semasa negara yang berlaku di Semenanjung dan Sabah. Segala apa yang diperkatakan Azmin Ali pada malam ini hanyalah bersifat fitnah dan dakwaan semata-mata. Sehingga kini belum ada sebarang kebenaran yang dapat dibongkar Pakatan Pembangkang melainkan dakwaan-dakwaan palsu yang bersifat persepsi. 

3 komen:

  1. kita klakar sarawak sikit...
    nya ingat kita tok apa? tinggal atas pokok ka? ya lah org PKR... teknologi kelas pertama tapi pemikiran kelas ketiga... Sarawak miskin? tolong sikit Azmin... negeri apa nok bekalkan minyak pertama sekali? Sarawak nak? setiap rumah panjang pun ada Astro setiap bilit... iboh pandei2 mok bwk cerita paloi sitok... kmk org sarawak sitok sik paloi... mun xda sarawak (& sabah) xda malaysia!!! Hidup BN! Hidup BN! Kau tek kacak mok fitnah orang, Azmin?

    ReplyDelete
  2. Pilihanraya DUN Sarawak yg lepas, PKR bolot kerusi.. menang 1 je... tu pun menang tipis... kesian DAP, kuat tp akur ngan PKR.. huhu

    ReplyDelete
  3. Nang kurang ajar urang macam Azmin Ali tok,sepatutnya jgn di benar ninjak kaki ke bumi kenyalang tok,Suka ati jak madah kita urang sarawak macam ya,apa nya ingat PKR ya dapat ngubah dengan Sandiwara PKR ajak.OOO tedah kamek di sitok sik makan pujuk pok...boleh blahhhhhhh

    ReplyDelete

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger