Sunday, December 18, 2011

TIAN CHUA DAN NURUL IZZAH KURANG AJAR TERHADAP AKTA AUKU



Kononnya untuk memartabatkan kepentingan pelajar, maka pemimpin PKR yang diketuai Tian Chua dan Nurul Izzah telah menggesa negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat tidak menjalankan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) di institut pengajian tinggi milik kerajaan negeri. Perbuatan kedua-dua pemimpin muda PKR itu dilihat sebagai kurang ajar.

Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar mendesak Kerajaan Selangor dan Kedah tidak melaksanakan undang-undang yang dipertikaikan itu, sekali gus menunjukkan lebih komitmen terhadap kebebasan akademik dengan mengotakan janji.

Umum mengetahui bahawa Kerajaan sedang menimbang untuk meminda AUKU bagi kesesuaian pelajar. Perkara ini telah diambil kesempatan oleh PKR untuk memesongkan minda pelajar untuk terus mendemontrasi bagi membantah AUKU ini dan dimansuhkan terus daripada undang-undang.

Pada asasnya, tidak ramai pelajar IPT mahukan AUKU ini dimansuhkan dan desakan PKR dan Pakatan Pembangkang supaya AUKU ini dimansuhkan bertujuan kepentingan politik mereka. Mereka percaya ramai di kalangan pelajar IPT menyokong perjuangan Pakatan Pembangkang, tetapi telah dibatasi oleh AUKU.

Bagi memenuhi hasrat pelajar IPT yang menyokong Pakatan Pembangkang, mereka sedaya upaya untuk memansuhkan AUKU. Namun, sejauh mana pelajar-pelajar IPT ini menyokong Pakatan Pembangkang?

Terdahulu, Nurul Izzah telah membangkitkan kritikan terhadap cara Kerajaan Kedah menangani isu Kolej Universiti Insaniah (KUIN). Manakala, Kerajaan Selangor masih tidak mengikuti tuntutan yang dibuat dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk menjadikan universiti di negeri itu institusi bebas.

Dalam pada itu, Tian Chua telah mengetuai pelajar-pelajar IPT yang mengadakan perhimpunan di KL Sentral bagi membantah penangkapan pelajar UKM yang disabitkan dengan Akta AUKU.

Tujuannya adalah untuk meraih simpati di atas penangkapan dan dakwaan pelajar UKM itu atas Akta AUKU dan berjanji untuk membantu mereka dalam perkara ini. Balasannya, mereka dan penyokong pelajar terbabit diminta untuk membantu Pakatan Pembangkang dalam menentang kerajaan.

Inilah Pakatan Pembangkang yang banyak mengambil kesempatan di atas kelemahan pemimpin kerajaan seperti yang ditunjukan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Saifuddin. 

1 komen:

  1. betapa bodohnya mahasiswa melayu! mana pergi mahasiswa cina dan india?!! sebarkan saja muka2 anak melayu ni agar mak bapak mereka tahu kelakuan mereka bukannya nak belajar tp jadi kurang ajar. aku bosan tgk anak melayu yg kononnya cerdik tapi JADI BANGANG DITUNGGANG CINA!

    ReplyDelete

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger