Saturday, December 17, 2011

VIRUS PKR MERESAPI PAS AJAK AHLI KELUAR PARTI



Sebelum ini, penyokong dan ahli PKR telah banyak bertindak keluar parti bagi menyertai BN. Dua hari lepas, Ketua PKR Bahagian Bukit Gelugor, Lim Boo Chang telah mengambil keputusan bertindak keluar parti dan menyertai parti Gerakan.

Semalam, seramai 310 ahli PKR Bukit Gelugor telah mengikuti jejak ketuanya apabila bertindak keluar parti dan menyertai Pertubuhan Kebajikan Sahabat Islam Pulau Pinang.

Kini, virus keluar parti PKR telah merebak kepada ahli-ahli PAS apabila seramai 120 penyokong Pas di Kampung Beoh di sini mengumumkan mereka secara beramai-ramai keluar parti itu dan berhasrat menubuhkan cawangan baru UMNO di kampung berkenaan.

Borang penyertaan mereka diserahkan oleh ketua kumpulan berkenaan, Mohd Nor Jusoh, 54, kepada Ketua UMNO Bahagian Bachok, Datuk Dr Awang Adek Hussin dengan disaksikan hampir 300 penduduk setempat.

“Dulu, saya menyokong PAS 100 peratus kerana terpengaruh dengan dasar Islamnya tapi dukacita kerana PAS hanya menjadikan Islam sebagai slogan semata-mata,”

Penyertaannya dalam UMNO kerana inginkan perubahan memandangkan PAS ternyata gagal melakukannya walaupun diberi peluang memerintah Kelantan hampir 22 tahun.

Selepas PKR, kini ada sebab PAS berasa khuatir tentang peluang menakluki Putrajaya dan mempertahankan Kelantan. 

2 komen:

  1. Eleh...macam la 120,000 orang yang keluar ! Perasan habis la tu !

    Dah la Awang...tak mengurangkan dalam gantang PON !

    ReplyDelete
  2. minta dilink blog saya disini
    http://kerispusakabangsa.blogspot.com/
    Terima kasih...

    ReplyDelete

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger