Sunday, January 15, 2012

AHLI-AHLI PAS KELUAR PARTI



Seramai 101 ahli PAS dari Kampung Kerdas Gombak bertindak keluar parti dan menyertai UMNO selepas tidak puas hati dengan kepimpinan PAS yang dilihat sudah hilang arah tuju dan perjuangan asal.

Kumpulan itu diwakili Mohd Jais Ismail menyerahkan borang untuk menyertai UMNO kepada Ketua UMNO Bahagian Gombak, Abdul Rahim Kamarudin.

Keputusan mereka untuk meninggalkan parti PAS kerana kecewa dengan tindakan parti yang memecat Exco Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamad Ali daripada parti tersebut.

"Kami tak percaya dengan PAS dan kami yakin hanya UMNO dan Barisan Nasional yang mampu membela nasib rakyat.


Jais, yang juga Ketua Zon PAS Taman Kamariah Gombak, berkata, keputusan untuk meninggalkan parti dibuat atas kerelaan sendiri dan bukan disebabkan oleh tekanan atau tawaran daripada mana-mana pihak.

Walaupun beliau telah dipujuk oleh PAS supaya terus kekal bersama parti itu, namun kumpulan itu nekad dengan keputusan masing-masing iaitu menyertai UMNO malah dijangka lebih ramai lagi akan menyusul tegas mereka.

Syabas buat penduduk Kampung Kerdas Gombak yang telah kembali ke pangkal jalan setelah sekian lama sesat dalam perjuangan PAS.

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger