Thursday, January 26, 2012

ANWAR IBRAHIM BERANI KEPADA YANG LEMAH, TAKUT KEPADA YANG BENAR


Tindakan Anwar Ibrahim mengambil tindakan saman terhadap Utusan Malaysia dan TV3 ekoran penyiaran artikel dan berita yang dianggapnya sebagai tidak benar berhubung wawancaranya di BBC Asia sejurus selepas dibebaskan daripada tuduhan liwat dianggap sebagai pengecut.

Ini disebabkan ramai lagi individu yang sebelum ini mengaku kawan atau lawan dan mengetahui selok belok perangai Anwar Ibrahim telah ‘membongkar’ dan menyebarkan kepada umum siapa sebenarnya Anwar Ibrahim? Contoh paling rapat ialah trio Datuk T yang awal tahun 2011 mendedahkan kepada umum video perlakuan seks Anwar Ibrahim bersama pelacur Chinadoll.

Selain trio Datuk T, beberapa pemimpin lain yang juga bekas kawan rapat Anwar Ibrahim seperti S. Nallakaruppan dan Ummi Hafilda Ali yang secara terang dan terbuka mendedahkan kesalahan moral Anwar Ibrahim. Begitupun, Anwar Ibrahim tidak pula berani menyaman mahupun dibawa ke mahkamah  walaupun banyak kebenaran dan kemungkaran yang telah dibongkar mereka selama ini.

Bagi sesetengah pihak, tindakan Anwar Ibrahim menyaman Utusan Malaysia hanya untuk melihat akhbar berbahasa Melayu tertua di Malaysia berkubur kerana banyak mendedahkan kemungkaran Pakatan Pembangkang. Manakala, tindakan Anwar Ibrahim untuk tidak mengambil sebarang tindakan ke atas bekas rakan dan pemimpin Pakatan Pembangkang yang banyak membongkar kecurangan Anwar Ibrahim dan Pakatan Pembangkang dilihat mahu mengeksploitasi kepada rakyat bahawa mereka ini sebagai pengkhianat dan tidak boleh dipercayai.

''Kalau Anwar betul-betul mahu cari kebenaran, saya cabar dia saman 'orang rapat' beliau yang sekarang secara terbuka dan jelas menyatakan Anwar telah lakukan kesalahan moral dan tidak layak menjadi pemimpin.

''Anwar sepatutnya saman orang seperti Shazryl Eskay yang secara terbuka mendakwa Anwar dalam video lucah dahulu atau Nallakaruppan yang secara terbuka sebut Anwar peliwat.

''Saman juga Ummi Hafilda yang secara jelas sebut skandal Anwar. Anwar tidak berani saman mereka kerana Anwar tahu dakwaan mereka benar dan banyak lagi pekungnya akan dibuka jika kes dibawa ke mahkamah.

Tidak bagi akhbar Utusan Malaysia yang pada pandangan Anwar Ibrahim telah menyusahkan hidupnya dan rakan-rakan Pakatan Pembangkang khususnya dalam mempengaruhi rakyat berhubung kemungkaran yang telah dibongkar Utusan Malaysia. Atas sebab itu Anwar Ibrahim berkeras untuk menyaman Utusan Malaysia berbanding pemimpin dan bekas rakan Anwar Ibrahim yang galak menyerangnya meskipun di tahap mengaibkan. 

1 komen:

  1. apasal mahu cabar anwar ibrahim? mnana perginya ummi hafilda, nalla karuppan dan dato T? ayuh bantu bersama keluarkan semua bukti-bukti yang ada. jangan tunggu lama-lama. ayuh kamu bertiga saman anwar lani. tetapi nak tanya ada beranikah kamu bertiga ini?

    ReplyDelete

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger