Monday, January 9, 2012

ANWAR IBRAHIM LEBIH PERCAYAKAN AZMIN ALI BERBANDING PEMIMPIN PEMBANGKANG LAIN



Teka-teki siapa calon pilihan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri sementara sekiranya Pakatan Pembangkang berjaya memenangi PRU-13 akan datang kian bertiup kencang dengan calon yang paling hampir ialah Azmin Ali dan tidak anaknya, Nurul Izzah seperti yang dicanangkan segelintir pemimpin PKR lain.

Sebelum ini, Nurul Izzah menjadi pilihan pemimpin PKR sekiranya Anwar Ibrahim disumbat ke dalam penjara. Tujuannya adalah untuk meraih simpati rakyat khususnya golongan muda yang prihatin kepada nasib Anwar Ibrahim.

Bagaimanapun, keengganan Anwar Ibrahim menamakan individu yang akan dilantik sebagai Perdana Menteri sementara sekiranya beliau didapati bersalah dalam kes liwatnya menunjukkan Ketua Pembangkang itu tidak mempercayai pemimpin pembangkang lain.

Sebaliknya, Anwar Ibrahim sangat mengharapkan Timbalan Presidennya, Azmin Ali dilantik memegang jawatan tersebut. Bagaimanapun Azmin Ali bukanlah pilihan dalam kalangan pemimpin pembangkang lain, malah dalam PKR sendiri pun beliau tidak digemari kerana hubungan terlalu istimewanya dengan Anwar.

Bagi Anwar Ibrahim, Azmin adalah individu yang paling dipercayainya sekiranya beliau mahukan jawatan Perdana Menteri itu kerana pemimpin pembangkang lain sudah pasti tidak akan menyerahkan semula kepadanya jika pembangkang memenangi pilihan raya umum akan datang.

Di pihak PAS pula, mereka lebih senang memilih pemimpin di kalangan mereka seperti Menteri Besar Kelantan, Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang dilantik sebagai Perdana Menteri kerana kedua-duanya adalah calon paling layak dan berkemampuan.

Apa yang direncanakan oleh Anwar itu membuktikan bahawa beliau sanggup melakukan apa sahaja bagi memastikan jawatan Perdana Menteri kekal miliknya.

1 komen:

  1. Penghakiman yang paling pelik di dunia.

    Orang tidak mahu disoal balas, kes ditangguh lebih 70 kali, rakaman cctv, DNA.

    Masalah terbesar ialah HAKIM.

    AMJ

    ReplyDelete

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger