Saturday, January 14, 2012

ANWAR IBRAHIM MAHU MENGHAPUSKAN UNDANG-UNDANG SODOMI (LIWAT)



Sejajar dengan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membuat keputusan melepas dan membebaskan Anwar Ibrahim daripada dituduh melakukan liwat ke atas Saiful Bukhari Azlan walaupun sebelum ini Mahkamah memutuskan ada kes dan minta tertuduh membela diri.

Penghakiman Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membuat keputusan sebaliknya atas sebab kesilapan teknikal DNA. Bagaimanapun, perbuatan liwat itu tetap berlaku antara Anwar Ibrahim dan Saiful Bukhari!

Berikutan itu, seminggu selepas dibebaskan Anwar Ibrahim telah mengadakan road show di seluruh Malaysia termasuk beberapa negara di dunia. Difahamkan, India menjadi destinasi pertama Anwar Ibrahim memulakan penjelajahannya di dunia.

Pada 12 Januari 2012, Anwar Ibrahim telah mengadakan temuramah bersama stesen berita dunia BBC. Temuramah itu semangnya teah diatur Anwar Ibrahim kerana percaya pemimpin dan rakyat di luar Malaysia memberikan sokongan kepadanya. Adalah wajar beliau diwawancara bagi menerangkan kepada rakyat di seluruh dunia  mengenai kes liwatnya yang berjalan selama 3 tahun lebih.

Dalam wawancara itu, Anwar Ibrahim telah ditanya mengenai sokongan ke atas beliau daripada golongan pro-Gay di Malaysia terhadap keputusan Mahkamah? Terdahulu, pertubuhan pro-Gay Filipina telah menyambut baik keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Lihat di sini.

Berbalik soalan BBC terhadap soalan di atas, Anwar Ibrahim menjawab beliau menyokong penuh keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan mengharapkan pemansuhan undang-undang lapok sodomi dihapuskan.


Menurut Anwar Ibrahim lagi, walaupun masyarakat Malaysia rata-rata tidak boleh menerima perbuatan homoskesual di khalayak ramai, undang-undang lapok sodomi tidak harus digunakan  untuk menghukum orang yang tidak bersalah.

Jawapan Anwar Ibrahim di atas terhadap soalan penyampai BBC menjelaskan kepada rakyat Malaysia bahawa Anwar Ibrahim seorang pengamal homoseksual. Bahkan, jika Anwar Ibrahim dipilih menjadi Perdana Menteri perkara pertama yang akan dilaksanakannya ialah memansuhkan undang-undang sodomi.

Secara asasnya, kenapa kes liwat Anwar Ibrahim tidak dibicarakan mengikut undang-undang syariah kerana kedua-duanya beragama Islam dan wajar dibicarakan mengikut Islam?

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger