Sunday, January 29, 2012

ANWAR IBRAHIM PERDAYA PAS SOKONG ISRAEL


PAS yang selama ini menyokong perjuangan penduduk Palestin dan pembentukan negara Israel pastinya terkilan di atas kenyataan Ketua Pakatan Pembangkang, Anwar Ibrahim yang menyokong setiap usaha untuk melindungi keselamatan negara Israel atau khususnya rakyat Yahudi.

Biarpun kenyataan itu disifatkan sebagai peribadi atau mewakili PKR, namun setiap kenyataan dan perlakuan Anwar Ibrahim diibaratkan sebagai mewakili keseluruhan Pakatan Pembangkang. Ini termasuklah mewakili PAS yang sememangnya menjadi pak angguk dan pak turut dalam Pakatan Pembangkang.

Namun, situasi PAS sekarang yang didominasi kumpulan profesional yang memihak kepada Anwar Ibrahim pastinya tidak akan melihat dari sudut negatif. Malah, mereka ini akan menyokong kenyataan Anwar Ibrahim biarpun mengetahui tindak-tanduk Anwar Ibrahim itu akan mengundang polemik politik dalaman PAS yang lebih teruk.

Apa pula komen pemimpin PAS selepas kenyataan Anwar Ibrahim itu? Manakala kebanyakan rakyat Malaysia mengutuk kenyataan Anwar Ibrahim yang diibaratkan sebagai pembunuh umat Islam ekoran sokongannya terhadap Israel biarpun melibatkan keselamatan Israel.

Kenyataan demi kenyataan Anwar Ibrahim selepas pembebasannya daripada kes liwatnya menyaksikan Anwar Ibrahim cuba untuk meraih simpati NGO’s pro-Israel yang sememangnya mempunyai sumber kewangan yang banyak bagi membiayai perjuangan Pakatan Pembangkang untuk memenangi PRU-13 akan datang. Jika menang, apa pula balasan dan budi yang terpaksa dibayar Pakatan Pembangkang terhadap NGO’s pro-Israel ini?


Pastinya, Malaysia sebagai sebuah negara Islam akan tergugat Islamnya dan inilah yang dimahukan Israel dalam mahu menghancur dan memusnahkan umat Islam di dunia seperti yang sedang mereka lakukan terhadap Palestin.

PAS harus bangun menentang Anwar Ibrahim dan bukannya menyokong kenyataan Anwar Ibrahim yang membela keselamatan Israel jika mahu melihat PAS masih relevan sebagai parti politik yang memperjuangkan Islam! Jika tidak, PAS bukan sahaja akan terhakis identitinya bahkan akan menjadi parti politik yang musnah dalam bentuk kejahilan. 

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger