Saturday, January 7, 2012

ANWAR IBRAHIM: SAYA TETAP JADI PERDANA MENTERI WALAUPUN DIPENJARA



Anwar Ibrahim dalam wawancaranya bersama portal Malaysiakini menegaskan beliau tetap menjadi Perdana Menteri biar pun dipenjarakan atas tuduhan meliwat oleh Mahkamah Tinggi pada Isnin ini.

Jika Pakatan Pembangkang menang dalam PRU-13 dan Anwar Ibrahim berada dalam penjara, mereka (Pakatan Pembangkang) akan melantik seorang 'Perdana Menteri sementara'.

Perkara ini telahpun dibincangkan bersama Pakatan Pembangkang dan bersetuju melantik anaknya, Nurul Izzah sebagai ‘Perdana Menteri’ sementara. Ini bertujuan keseimbangan keluarga Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri.

Anwar Ibrahim percaya hukuman penjara yang akan dikenakan ke atasnya tidak akan kekal lama walaupun hukuman bagi dakwaan mengikut Seksyen 377 (B) Kanun Keseksaan itu memperuntukkan pemenjaraan sehingga 20 tahun.


''Kita ada bincang perkara ini dengan pemimpin pakatan (sekiranya dipenjarakan). Tapi adakah itu masalah sebenar? Tidak. Sebab jika kita menang, akan ada seorang PM sementara.

"Tentulah saya mahu sebaik kita menang, saya tidak akan dipenjara untuk begitu lama," katanya dalam wawancara tersebut.

Beliau mengambil contoh tindakan yang dilakukan Parti AK di Turki, apabila parti tersebut memenangi pilihan raya pada 2002 ketika pemimpin parti mereka, Recep Tayyip Erdogan dipenjarakan.

Pada masa itu jawatan Perdana Menteri sementara disandang oleh Abdullah Gul dan beliau berjaya melaksanakan pindaan undang-undang untuk membenarkan Erdogan kembali menyertai politik dan mengambil alih jawatan sebagai perdana menteri.

Anwar Ibrahim dalam ceramah di Machang, mendakwa tuduhan liwat yang dikenakan ke atasnya adalah tuduhan politik dan ia boleh diselesaikan melalui tindakan politik oleh pakatan pembangkang selepas mereka berjaya membentuk kerajaan.

Kemenangan Pakatan Pembangkang pada pilihan raya umum akan datang adalah lebih utama berbanding keputusan kes liwatnya.

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger