Monday, January 9, 2012

AZMIN ALI BERBOHONG



Dakwaan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali bahawa polis tidak mengenakan sebarang syarat berhubung perhimpunan Bebaskan Anwar 901 pada hari ini di tempat letak kereta Kompleks Mahkamah Tinggi Jalan Duta adalah bohong. Tindakan Azmin Ali itu disifatkan sebagai cubaan untuk meminta penyokong Anwar Ibrahim menghuru-harakan keadaan dan seterusnya melancarkan provokasi seperti yang telah dilakukan mereka semasa Perhimpunan Haram BERSIH 2.0 Julai tahun lepas.

Semalam, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh telah menunjukkan syarat-syarat yang perlu dipatuhi penyokong Anwar Ibrahim dan telah ditandatangani Ketua AMK, Shamsul Iskandar Ketot.

Syarat-syarat yang polis berikan sebagaimana yang disiarkan dalam blog dan akhbar hari ini merupakan perkara yang telah dipersetujui bersama semasa perbincangan antara lima pemimpin PKR dan polis.

Syarat-syarat itu juga sudah diterima dan diserahkan kepada Ketua Angkatan Muda Keadilan, Shamsul Iskandar yang dilantik sebagai komander memimpin perhimpunan tersebut oleh Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan dalam pertemuan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul.

Tindakan Azmin Ali itu disifatkan tidak gentelmen, tidak jujur dan tidak amanah. Dan, semestinya perbuatan sebegini tidak menunjukkan dirinya itu boleh memimpin. Polis memaklumkan sewaktu polis mengemukakan syarat-syarat itu, ianya telah disaksikan oleh 5 wakil PKR dan 5 wakil polis.

Sehubungan itu, polis menunjukkan salinan 10 syarat yang diberi kepada Shamsul Iskandar yang sudah ditandatangani selepas dipersetujui dan beberapa keping foto rakaman penyerahan syarat tersebut di IPD Sentul.

Jika penyokong Anwar Ibrahim menyalahi dan mengingkari perjanjian ini, polis akan segera mengambil tindakan dan pihak penganjur akan bertanggungjawab terhadap sebarang kejadian yang berlaku.

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger