Friday, January 6, 2012

AZMIN ALI: KES LIWAT ANWAR IBRAHIM ADALAH TANGGUNGJAWAB BERSAMA PAKATAN PEMBANGKANG



Dek kerana kenyataan bahawa kes liwat Anwar Ibrahim adalah perkara peribadi yang dilakukan sendiri tertuduh, Azmin Ali telah menemplak Dr Hassan Ali dan meminta kepimpinan tertinggi PAS mengenakan hukuman keras ke atas bekas Pesuruhjaya PAS Selangor itu.

Kenyataan itu dianggap sebagai mencerca dan menghina Anwar Ibrahim yang disifatkan mereka sebagai terlalu suci seperti yang dinikmati Mursyidul Am PAS, Nik Aziz.

Menurut Azmin Ali, PKR dan Pakatan Pembangkang tetap akan bersatu dalam menyokong Anwar Ibrahim walaupun mahkamah membuat keputusan Anwar Ibrahim bersalah. Kesalahan meliwat yang dihadapi Anwar Ibrahim itu adalah kes Pakatan Pembangkang dan sewajarnya kepimpinan Pakatan Pembangkang bertanggungjawab untuk memikulnya secara bersama.

Azmin Ali dalam twitternya menyatakan hari ini Anwar Ibrahim telah berjumpa dengan Nik Aziz bagi membincangkan kes liwatnya yang sedang sampai ke kemuncak. Anwar Ibrahim dikatakan datang menziarahi Nik Aziz bagi mendapatkan pandangan dan nasihat daripada Nik Aziz yang disifatkan sebagai pemimpin yang suci sama seperti dirinya.

Demikian juga difahamkan Anwar Ibrahim berhasrat untuk mendapatkan sokongan moral bagi mengajak ahli-ahli PAS yang taksub dengan Nik Aziz supaya menyokong Anwar Ibrahim. Anwar Ibrahim terdesak untuk mendapatkan sokongan ahli-ahli PAS yang kebanyakannya mereka percaya Anwar Ibrahim terlibat dalam meliwat Saiful.

Demi menyelamatkan maruahnya yang sudahpun tercemar teruk di tempat yang paling bawah telah sanggup berjumpa dan berlutut kepada Nik Aziz bagi mendapatkan pengampunan. 

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger