Wednesday, January 4, 2012

AZMIN ALI PERLEKEH UNDANG-UNDANG NEGARA DAN WAJAR DIBUANG NEGARA



Demi mempertahankan ‘bos’nya Anwar Ibrahim, Azmin Ali sanggup memperlekeh dan menentang undang-undang negara yang menjadi hadangan kepada rakyat dalam melaksanakan perbuatan yang boleh mendatangkan kemudaratan dan melawan ketua negara.

Tindakan Azmin Ali boleh diibaratkan sebagai menderhaka terhadap Yang di-Pertuan Agong kerana mencabar kedaulatan undang-undang secara terbuka.

Azmin Ali dalam kenyataannya yang disiarkan dalam protal Malaysiatoday menegaskan akan tetap mengadakan demontrasi haram jalanan dengan mensasarkan sejumlah 100,000 penyokong di pekarangan Mahkamah Tinggi Jalan Duta, Kuala Lumpur pada 9 Januari ini bagi menyatakan sokongan kepada Anwar.

Jika sebelum ini, Chegubard dan Shamsul Iskandar Ketot bersaing sesama sendiri kerana mahu mengetuai demontrasi jalanan haram itu sehingga berlaku pertelingkahan, kini Azmin Ali pula mahu dilihat sebagai hero atas keberaniannya dalam mempertahankan Anwar Ibrahim.

Selaku bakal Menteri Dalam Negeri di bawah pimpinan Pakatan Pembangkang kelak, Azmin Ali terus menekan pihak polis yang ditugaskan untuk menjaga keamanan negara.

Sementara itu, Ketua Polis Negara telah mengingatkan rakyat supaya menghindarkan diri dari menyertai perhimpunan haram itu kerana polis tidak teragak-agak akan menangkap sesiapa sahaja yang didapati terlibat secara langsung mahupun tidak langsung. 

1 komen:

  1. sudah banyak pemimpin politik yang buat huru hara termasuk dari majlis peguam, takrifkan saja kerajaan malaysia adalah paling liberal di dunia, full stop!

    ReplyDelete

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger