Sunday, January 8, 2012

EKSKLUSIF: DR HASSAN ALI DIPECAT DARI PAS



Kepimpinan tertinggi PAS petang tadi telah mengadakan mesyuarat tergempar bagi membincangkan isu Dr Hassan Ali yang sejak akhir-akhir ini menentang PAS dari dalam sehingga menyebabkan ahli-ahli PAS terkeliru dengan perjuangan PAS.

Demikian juga desakan Azmin Ali selaku wakil Pakatan Pembangkang dan Pengerusi Penganjur Bebaskan Anwar 901 yang menggesa PAS mengambil tindakan tegas ke atas Dr Hassan Ali selepas membuat kenyataan menentang PKR mengadakan perhimpunan Bebaskan Anwar 901.  

Jawatankuasa PAS Pusat sebulat suara memecat Dr Hassan Ali dari PAS. Manakala, jawatan exco dalam kerajaan Selangor adalah bergantung kepada keputusan Menteri Besar Selangor.

Dalam kenyataan media Presiden PAS, Abdul Hadi Awang menjelaskan, setelah mempertimbangkan segala pandangan yang diberikan oleh ahli-ahli jawatankuasa PAS Pusat dalam mesyuarat yang diadakan pada hari ini (Ahad), PAS Pusat telah membuat keputusan berdasarkan Fasal 82(9), iaitu memecat keahlian YB Dato’ Dr Hassan Ali sebagai ahli PAS berkuatkuasa serta-merta.

Keputusan dibuat berdasarkan kepada tindakan YB Dr Hassan Ali yang menyalahi dan merugikan kepentingan parti sebagaimana yang diperuntukan dalam Perlembagaan PAS.


Inilah PAS sebuah parti yang berasaskan Islam telah memecat seorang ahli yang benar-benar memperjuangkan Islam demi menjaga hubungan baiknya dengan kafir DAPig.

Perhimpunan HIMPUN yang bertujuan menyelamatkan akidah umat Islam dianggap haram, tetapi perhimpunan Bebaskan Anwar 901 dikatakan halal demi membebaskan peliwat yang ternyata menyalahi hukum agama. 

1 komen:

  1. mcm2 bala menimpa pas, satu je sbb kenapa ianya terjadi sbbnya adalah ANWAR IBRAHIM...manusia ini telah byk membawa onar bkn saja pd PAS tp juga pada lanskap politik malaysia juga pada kehidupan di malaysia. Jika dahulu PAS cukup hebat boleh buat keputusan sendiri tapi sekarang kena tanya dulu anwar/azmin or kit siang sbl membuat sesuatu pendirian...malaysia yg cukup aman harmoni kini agak kacau bilau lantaran adanya manusia bernama anwar ini. Buat kejahatan tp xmengaku malah diheret org lain dlm kejahatannya. Disuruh bersumpah teramatlah takut...Malaysia akan kembali aman tanpa manusia ini..

    ReplyDelete

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger