Tuesday, January 10, 2012

HALALKAN PEMECATAN DR HASSAN ALI DEMI DAPAT RESTU PAKATAN PEMBANGKANG



Tindakan Pas memecat Dr. Hasan Ali dianggap sebagai membelakangi prinsip perjuangan parti semata-mata untuk mendapatkan 'restu' daripada pakatan pembangkang lain terutama DAP.

Pemecatan itu dilakukan demi kelangsungan parti itu terutama di negeri yang mempunyai ramai pengundi bukan Melayu.

Menurut Pensyarah Politik dan Kerajaan, Jabatan Pengajian, Kenegaraan dan Ketamadunan Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Dr. Jayun Jawan, Jika dilihat sejarah perjuangan PAS, orang seperti Hasan Ali adalah orang PAS yang sebenarnya.

Namun dalam pakatan pembangkang, mereka terpaksa akur dengan kehendak rakan. Jadi tindakan terbaik ialah jangan menakutkan pengundi bukan Islam

Sebelum ini, Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat PKR, Azmin Ali meminta Pas memecat Hasan ekoran kenyataannya yang menasihatkan ahli Pas supaya tidak menyertai perhimpunan Kempen Bebaskan Anwar 901.

Di negeri yang majoriti Melayu, PAS tidak kisah untuk menegakkan perjuangan Islam mereka, tapi terpaksa mengambil tindakan yang lebih praktikal di negeri yang ramai pengundi bukan Melayu seperti di Selangor," ujarnya.

Manakala, Mufti Perlis Dr. Juanda Jaya berkata, berbeza dengan UMNO dan DAP, PAS dilihat bersikap autokratik dalam tindak-tanduknya sehingga tergamak memecat ahlinya sendiri.

"Pemecatan drastik boleh diterima atas asas disiplin dan kepentingan parti, tetapi apalah ertinya demokrasi dan semangat berjemaah yang dilaungkan oleh PAS jika pandangan yang bertentangan dianggap sebagai kesalahan besar, tidak boleh dimaafkan hingga dipecat,"

Sehubungan itu, ramai rakyat menyifatkan pemecatan Dr Hassan Ali itu adalah disebabkan PAS sudah dicucuk hidung oleh DAP dan PKR dalam meneruskan pengaruh politiknya dalam Pakatan Pembangkang yang ketika sudah semakin tenggelam taringnya.

3 komen:

  1. Hasssssssan.....sabar!Dato'd landasan yang benar.Berjuanglah kerana Allah.Syurga.Puak2 PAS skrang ni berjuang demi kepentingan duit...Hadi n Nik Aziz sama saje.Neraka weh kalau menggunakan Islam utk kepentingan diri.Tak kira Tok Guru ke...Tok Guri ko......d akhirat same saje.Allah tak pilih bulu weh.D dunia boleh la.Aku kalu Hasssssan dtng ke tempta aku berceramah....aku akn dok di depan.Aku sokong Hasssssan.Hassssssan berjuang kerana Allah.Allahuakbar!!!!!!Hidup Hassssssan!

    ReplyDelete
  2. Sesuatu yang sangat pelik, bagaimana 1 parti yang melalak perjuangkan ISLAM, tapi memecat ahli yang benar2 perjuangkan ISLAM. mungkin juga agak kelakar. Inilah akibatnya apabila kepentingan diri mengatasi perjuangan.
    Apa pun, saya yakin, Dr. Hassan Ali akan lebih popular dan disayangi di luar parti. Saya juga yakin Dr Hassan Ali tentu berbangga kerana inilah akibat yang diterima jika kita tetap berpegang pada prinsip (Lumrah di dalam politik, hanya mereka2 yang tiada prinsip akan bertahan lbh lama, kerana sgup menjadi seperti LEMBU DICUCUK HIDUNG, demi mencapai karier politik dan perut sndiri).......
    Bagi DR Hassan, x guna kita bercakap byk, tetapi harus dibuktikan dengan kenyataan. Teruskan dengan rancangan Dr. berjuangan dilandasan NGO (HIMPUN). Akan terbukti Kita di pihak benar InsyaAllah...
    Bagi wira kenyalang, sampaikan salam saya pd Dr. Hasan Ali (kerana saya tidak jumpa blog dr. hassan utk dihubungi).... Saya bersedia menerajui NGO yg dipimpin oleh Dr., di kelompok saya...

    Rakyat Biasa,
    roslinismail@yahoo.com

    ReplyDelete
  3. Inilah akibatnya mengikat diri dengan sesuatu kumpulan. Sekiranya mengikat diri dengan Negara perkara sebegini tidak akan berlaku. Apabila kumpulan itu melakukan kesalahan dan kesalahan itu dianggap betul, maka ahli-ahlinya pun kata itu betul. Jika mengikat diri dengan negara maka kita akan merasakan sejauh mana kita dapat memberikan sumbangan pada negara. Apakan daya negara mengamalkam demokrasi yang makna demokerasi itu sendiri bermaksud manusia untuk manusia dan kesejahteraan untuk manusia. Kalau berlandaskan Islam pula manusia untuk tuhan dan segala kesejahteraan untuk tuhan. Dalam Islam tiada parti pembangkang, yang ada hanya penasihat yang mana penasihat inilah yang akan menegur pemerintah secara berkhemah. Hasan Ali sudah berkhidmat sebagai exco selangor dan tiada kene mengena dengan parti PAS. Jika Menteri besar menyuruhnya meletak jawatan terserahlah. Lebih penting lagi jauhilah diri dari kumpulan dan ikat lah dirikita dengan negara moga2 kita selamat amin

    ReplyDelete

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger