Monday, January 2, 2012

HUKUM HUDUD PAS BOLEH BERKUATKUASA KE ATAS ORANG BUKAN ISLAM



Pendedahan bekas Setiausaha Dewan Ulama PAS Kelantan, Wan Ismail Wan Ahmad, 86 bahawa hukum hudud yang diperjuangkan PAS tidak lagi berlandaskan al-Quran dan hadis. Hukum hudud PAS itu telah

Bekas, hari ini tampil menjelaskan bahawa dipinda pada 1993 susulan daripada kerjasama antara PAS, Semangat 46, DAP dan Parti Bersatu Sabah (PBS) pada Pilihan Raya Umum 1990.

Ini kerana pada Pilihan Raya Umum 1986, Nik Abdul Aziz Nik Mat yang ketika itu Pesuruhjaya PAS Kelantan telah mengeluarkan manifesto antara lain pelaksanaan undang-undang Islam yang turut berkuat kuasa ke atas orang bukan Islam.


Wan Ismail menjelaskan tafsiran hukum hudud itu bagaimanapun telah dipinda oleh Nik Abdul Aziz pada 25 November 1993 semasa beliau menyandang jawatan Menteri Besar Kelantan. Pindaan itu dilakukan dengan kerjasama Presiden PAS, Abdul Hadi Awang yang ketika itu Pengerusi Jawatankuasa Penggubal Kanun Jenayah Syariah (II) sebelum diluluskan dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN).

Dalam pindaan tersebut, baharulah hukuman hudud tidak akan dikenakan kepada masyarakat bukan Islam dan hudud kepada orang bukan Islam tidak termasuk dalam perkara yang dinaskan al-Quran dan hadis.

Asalnya pada 1986 dalam muka surat lima manifesto dinyatakan iaitu menguatkuasakan undang-undang Islam di seluruh negeri dengan tidak meletakkan perbezaan atas sebab-sebab berlainan keturunan, bangsa, agama dan pangkat kecuali perkara berhubung dengan ibadat dan undang-undang kekeluargaan.

Dalam muka surat 24 pula dinyatakan bahawa hak-hak orang bukan Islam sama sahaja di sisi undang-undang jenayah dan sivil dengan orang-orang Islam dan ini adalah hudud sebenar berlandaskan Islam.


Pada 1986 PAS masih di atas dasar asal bahawa hudud mesti dikenakan kepada semua manusia yang melakukan kesalahan tetapi selepas Nik Abdul Aziz jadi Menteri Besar masalah hudud telah bercelaru menjadi dalca.

Penjelasan sebenar mengenai hukum hudud boleh dirujuk di dalam al-Quran melalui ayat 58 dan 105 Surah An-Nisa dan ayat 49 Surah Al-Maidah.

Mengimbas kembali perjalanan politik Wan Ismail dalam PAS, beliau yang pernah ditahan seama 2 tahun di bawah Akta ISA telah dipecat daripada PAS pada 1986 kerana menentang pakatan antara PAS dengan S46.

Pemecatan beliau itu tidak menghalangnya untuk bergiat dalam politik tetapi dengan menggunakan penulisannya apabila menulis sebuah buku menjelaskan mengenai hudud dan diserahkan kepada Nik Abdul Aziz dan Abdul Hadi pada tahun 1995.

Kesimpulan yang boleh diperkatakan Wan Ismail mengenai PAS ialah kecelaruan berlaku dalam PAS kerana para pemimpinnya sekarang membelakangi perjuangan asal parti. Namun mereka membisu kerana takut dicemuh oleh golongan fanatik selain tidak mahu dikenakan tindakan disiplin. 

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger