Monday, January 2, 2012

JIKA RAJA PETRA KAMARUDIN SUDAH TIDAK PERCAYAKAN ANWAR IBRAHIM …



Masihkah anda ingat tarikh 13 April 2011 apabila TV3 menyiarkan wawancara bersama Raja Petra Kamarudin yang disiarkan dalam Buletin Utama, jam 8.00 malam. Dalam wawancara itu, Raja Petra Kamarudin telah menafikan dakwaan Pakatan Pembangkang sebelum ini yang mengaitkan Perdana Menteri dan isterinya terlibat dalam kes Pembunuhan Altantuya Shaaribu.

Tidak lama selepas itu, Keadilan Daily Online telah memaparkan berita yang bertajuk Wawancara Raja Petra untuk pesong ‘peranan’ Najib-Altantuya bagi tujuan menafikan dakwaan Raja Petra itu seperti yang didakwanya sebelum ini. Sebaliknya, Keadilan Daily Online menyatakan wawancara bersama Raja Petra itu adalah untuk memesongkan fakta dalam akuan bersumpah yang dibuat bekas Naib Presiden PKR, N. Surendran pada 18 Jun 2008. 

Semalam, Mingguan Malaysia dalam rencana khas bersama Raja Petra Kamarudin menyifatkan Anwar Ibrahim bukan ‘pilihan rakyat’ di muka hadapan akhbar berbahasa Melayu itu.

Raja Petra Kamarudin menyifatkan Anwar Ibrahim bukan satu lagi pilihan kepada rakyat Malaysia disebabkan Ketua Umum PKR itu mempunyai isu moral yang disifatkan di luar sifat kebinatangan dan tidak mampu menjadi penasihat ekonomi Selangor. Jika kedua-dua masalah itu menghalang Anwar Ibrahim dari terus menjadi pilihan rakyat apatah lagi keinginanannya menjadi Perdana Menteri dan mentadbir negara?

Raja Petra Kamarudin membidas Anwar Ibrahim apabila sanggup mengenepikan kebenaran sehingga sanggup mengatakan beliau tidak mengenali Datuk Eskay Shazryl Abdullah. Malah lebih teruk dari itu, apabila Anwar Ibrahim secara sukarela membantu membersihkan nama Eskay pada 3 tahun sebelum pendedahan video seks Anwar Ibrahim.

Raja Petra Kamarudin juga mendedahkan bahawa pemimpin DAP dan PAS tidak memerlukan Anwar Ibrahim itu yang dilihat telah ketandusan isu dan disifatkan sebagai pemimpin yang idea. Malah, boleh diperkatakan bahawa ketika ini hanya PKR sahaja yang memerlukan pemimpin seperti Anwar Ibrahim, tetapi tidak pemimpin lain seperti Wan Azizah Wan Sanusi dan Azmin Ali.



Sambil berseloroh, jika Anwar Ibrahim mahu menjadi gay, janganlah ajak orang lain untuk terjebak sama. Sebaliknya biarlah sendiri buat sendiri tanggung. Tetapi jika nak buat juga, buatlah di Australia kerana negara itu menghalalkannya. 

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger