Tuesday, January 10, 2012

MAHKAMAH TINGGI MELEPAS DAN MEMBEBASKAN ANWAR IBRAHIM ATAS ALASAN INI



Hakim Mahkamah Tinggi yang mengadili perbicaraan tuduhan liwat, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah memutuskan melepas dan membebaskan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan di sebuah kondominium di ibu negara pada 2008.

Mahkamah mendapati tiada bukti kukuh bagi menyokong keterangan Mohd Saiful Bukhari selain tidak selamat untuk mahkamah bergantung kepada bukti asid deoksiribonukleik (DNA).

Menurut beliau, selepas meneliti bahan bukti, mahkamah tidak boleh seratus peratus pasti bahawa integriti sampel DNA yang diambil daripada saksi pendakwa pertama, iaitu Mohd. Saiful Bukhari tidak terjejas.

Ini katanya, menyebabkan mahkamah hanya mempunyai keterangan Mohd. Saiful Bukhari selepas tertuduh membuat keputusan mendiamkan diri di kamar semasa sidang akhir perbicaraan.

Namun beliau berkata, bagi kesalahan seksual di peringkat kes pembelaan, mahkamah keberatan untuk mensabitkan tertuduh hanya berdasarkan kepada keterangan Mohd. Saiful Bukhari tanpa bukti sokongan lain.

Selepas 3 tahun turun naik mahkamah dan mengambil masa panjang dalam perbicaraan ini sehingga menyebabkan rakyat bosan dengan perlakuan Anwar Ibrahim, Hakim, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah hanya mengambil masa kurang 3 minit untuk mengucapkan ...

‘‘Oleh itu, tertuduh dilepas dan dibebaskan.

Anwar Ibrahim yang sebelum itu kelihatan lesu dan terdapat tanda-tanda kerisauan, berubah ceria dan melemparkan senyuman sebelum memeluk isterinya, Wan Azizah Wan Ismail.

3 komen:

  1. kalau anwar boleh tangguh kes, kenapa tak boleh tangguh kes demi mencari lebih banyak bukti kes ini?

    musykil...

    terima kasih dengan "keadilan" mu...

    ReplyDelete
  2. http://tigasungai.blogspot.com/ sila link ke blog saya TQ

    ReplyDelete

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger