Wednesday, January 18, 2012

MAT SABU DAN MUSTAFA ALI PEMIMPIN PARASIT DALAM PAS?


Setelah sekian lama berusaha untuk memasuki PAS yang selama ini dikuasai kepimpinan kumpulan ulama, pada Muktamar PAS tahun 2011 memperlihatkan kekuasaan kumpulan profesional yang selama ini mengintai peluang untuk menakluki dan menguasai PAS.

Kekalahan beberapa pemimpin kumpulan ulama seperti Ustaz Nasharuddin Mat Isa, Dr Hassan Ali dan beberapa pemimpin ulama lagi telah membuka peluang dan ruang seluas-luasnya kepada kumpulan profesional untuk berkuasa sekaligus membawa hala tuju yang baru kepada PAS.

Kumpulan profesional ini mendapat sokongan secara terbuka daripada Anwar Ibrahim dan sekaligus mendapat tajaan daripada PKR. Anwar Ibrahim terpaksa menyusup masuk ke dalam PAS disebabkan populariti PKR sudah jatuh menjunam dan kebanyakan penyokong PAS merupakan ‘hardcore’ dan ini boleh dimanipulasi oleh Anwar Ibrahim untuk meraih undi.

Menyentuh mengenai pemimpin parasit PAS yang merupakan penyokong kuat kepada fahaman yang dibawa Anwar Ibrahim telah meresapi PAS dan berjaya memesongkan perjuangan sebenar PAS seperti yang didakwa bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali.

Ia bukan satu rahsia malah usaha kumpulan itu untuk menguasai Pas telah lama dirancang termasuk ketika zaman kepimpinan Allahyarham Yusuf Rawa dan Allahyarham Datuk Fadzil Noor, namun gerakan itu berjaya disekat.

Bagaimanapun, mereka akhirnya berjaya menyusup ke dalam Pas melalui pelbagai platform dengan bantuan Anwar dan kepimpinan DAP.

Golongan ini telah ditolak secara total di zaman kepimpinan Ustaz Yusuf Rawa dan Datuk Fadzil Nor kerana kehadiran mereka lebih banyak memecah belahkan PAS ketika itu.

Kini golongan parasit ini dilihat semakin menguasai PAS dengan bantuan Anwar Ibrahim dan DAP. Jelas, golongan ini telah membawa satu pendirian yang bertentangan dan liberal hingga mengelirukan ahli PAS sendiri.

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger