Friday, January 13, 2012

NIK AZIZ ANGGAP PAK LAH DAN UMNO SEBAGAI BUKAN ISLAM?



Keengganan Nik Aziz mengulas kenapa Majlis Syura tidak mengambil tindakan terhadap Presiden PAS, Abdul Hadi Awang ekoran perjumpaannya dengan Pak Lah dalam membincangkan Kerajaan Perpaduan selepas PRU 2008 merungkaikan kepada rakyat bahawa sikap pemimpin PAS yang sentiasa berdolak dalih.

Sebaliknya tegas Nik Aziz, perjumpaan dengan Pak Lah diibarat sebagai usaha dakwah iaitu memperkenalkan Islam kepada orang bukan Islam.

"Kita mahu sampaikan Islam kepada semua orang. Kalau orang PAS jumpa orang UMNO bagus kerana beri peluang kepada orang itu kenal Islam secara dekat, Islamkan komprehensif

Semalam, Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri Kelantan, Datuk Md. Alwi Che Ahmad menemplak Nik Aziz dan PAS kerana gagal mengambil tindakan memecat Abdul Hadi Awang ekoran perbuatan beliau pergi ke kediaman rasmi Perdana Menteri untuk membincangkan mengenai pembentukan Kerajaan Perpaduan selepas pilihan raya umum lalu.

Md. Alwi yang juga bekas Setiausaha Politik Tun Abdullah menyatakan demikian kerana tindakan Abdul Hadi itu dilihat membelakangkan dasar parti tetapi tidak dipecat. Sebaliknya, bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali dipecat kerana dianggap membelakangkan parti melalui kenyataan-kenyataan keras yang dikeluarkan.

Inilah dia sebahagian daripada sandiwara PAS khususnya Nik Aziz yang menyifatkan apa yang berlaku dalam PAS adalah isu dalaman parti, tetapi dalam masa yang sama menyibukkan diri dalam urusan BN.

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger