Tuesday, January 10, 2012

PAKATAN PEMBANGKANG AKUI SISTEM KEADILAN NEGARA TIDAK DIPENGARUHI POLITIK



Keputusan Mahkamah Tinggi yang melepas dan membebaskan Anwar Ibrahim atas tuduhan meliwat membuktikan sistem kehakiman negara masih adil.

Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian berkata keputusan Mahkamah Tinggi semalam membuktikan sistem kehakiman di negara ini adil dan rakyat masih menaruh kepercayaan kepada sistem kehakiman negara.

“Nampaknya sistem kehakiman negara masih lagi berada di landasan keadilan... rakyat masih boleh menaruh harapan.

Sebelum ini, Anwar Ibrahim telah beberapa kali mengemukakan rayuan dan mendesak agar Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah disingkirkan kerana percaya ada campurtangan politik yang akan menggugat penghakimannya yang akan memihak kepada kerajaan.

Baru Bian juga menyifatkan keputusan semalam juga membuktikan kerajaan Barisan Nasional sebuah kerajaan yang baik dan adil. Penghakiman semalam juga membuktikan sistem kehakiman negara bebas daripada campurtangan politik yang sebelum ini amat dibimbangi Pakatan Pembangkang.

Anwar Ibrahim, 64, dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan meliwat Mohd Saiful di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara antara jam 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Ia adalah tuduhan liwat yang kedua dihadapi Anwar Ibrahim selepas tuduhan pertamanya pada tahun 2008 meliwat pemandunya, Azizan Abu Bakar dan kedua-duanya berjaya melepaskan diri atas kesilapan teknikal.

Bagaimanapun, tuduhan liwat kedua ke Anwar Ibrahim ini disifatkan sebagai suatu yang tidak dapat diterima akal kerana banyak perkara yang berlaku sepanjang pertuduhan itu diragui terutama dalam membabitkan sumpah laknat.


Mohd Saiful Bukhari, mangsa liwat telah melakukan sumpah laknat bahawa dirinya diliwat Anwar Ibrahim seperti yang pernah menggemparkan negara. Begitupun, Anwar Ibrahim kelihatan keberatan untuk melakukan perkara yang sama dan mengemukakan pelbagai alasan yang boleh dianggap sebagai cubaan melarikan diri.

Apapun, keputusan semalam membuktikan sistem kehakiman negara telus tanpa sebarang campurtangan politik dan bagi penyokong Anwar Ibrahim, ia adalah satu kejayaan. Manakala, bagi pencinta keadilan ia adalah suatu perkara yang ada hikmahnya biarpun akur dengan keputusan mahkamah. 

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger