Thursday, January 19, 2012

PAS KEHILANGAN PROTFOLIO HAL EHWAL ISLAM, KHALID IBRAHIM JADI ‘USTAZ’


Seakan-akan berdendam disebabkan PAS, pemimpin PKR menerima cemuhan daripada rakyat Selangor terhadap apa yang berlaku sekarang, Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim melakukan rombakan kecil yang disifatkan sebagai suatu yang mengejutkan banyak pihak termasuk sekutunya PAS.

Sebelum ini, Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Abdul Rani Osman disebut-sebut bakal menggantikan tempat Dr Hassan Ali yang dipecat PAS pada 8 Januari lepas, tetapi berlaku sebaliknya. Khalid Ibrahim lebih suka dengan dengan ADUN Sejangkang, Dr Ahmad Yunus Hairi, 47 dan melantiknya ke dalam Exco Kerajaan Selangor. Begitupun, Dr Ahmad Yunus tidak diberikan portfolio Hal Ehwal Agama sebaliknya mengambilalih portfolio sebagai Pengerusi Jawatankuasa Tetap Adat Resam Melayu, Belia dan Sukan.

Sebaliknya, portfolio Hal Ehwal Islam, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Negeri telah diambilalih dan diletakkan di bawah Khalid Ibrahim. Terdahulu, Khalid Ibrahim juga memegang Pembangunan Tanah, Kewangan, Majlis Tindakan Ekonomi Negeri.

Bagaimanapun, disebabkan tidak dilantik sebagai Exco Kerajaan Selangor dan mahu menjaga hubungannya dengan PAS, Khalid Ibrahim melantik Pesuruhjaya PAS Selangor itu sebagai Pengerusi Skim Mikro Kredit Miskin Luar Bandar (Skimsel). Demikian juga terhadap ADUN bangi, Dr. Shafie Abu Bakar juga dari PAS pula dipilih sebagai Pengerusi Perbadanan Adat Istiadat Melayu (Padat). Kedua-dua jawatan itu sebelum ini disandang Khalid Ibrahim.

Di sebalik lantikan ADUN PAS, Dr Hassan Ali masih memegang jawatan Timbalan Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) ekoran pelantikannya itu berdasarkan kepada watikah daripada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkuat kuasa bagi sesi 2012 hingga 2014.

Pemilihan Dr. Ahmad Yunus dibuat atas pertimbangan kerja dan mempercepatkan proses menyelesaikan pentadbiran kerajaan negeri manakala keputusan untuk tidak melantik Dr Abdul Rani adalah atas pertimbangan Menteri Besar.

Persoalan di sini, kenapa portfolio Hal Ehwal Islam diletakkan di bawah kekuasaan Khalid Ibrahim dan tidak di bawah pemimpin PAS seperti kelazimannya di negeri-negeri Pakatan Pembangkang?

Menurut Khalid Ibrahim, saya ambil alih (portfolio hal ehwal agama Islam) agar saya dapat pengerusikan mereka (Khusrin dan Zauyah) untuk melihat perkembangan dan pembangunan Islam di negeri ini

Khalid Ibrahim juga menegaskan bahawa usaha meningkatkan martabat Islam adalah berterusan dan menjadi tugas beliau sebagai individu beragama Islam serta rakan-rakan wakil rakyat lain yang beragama Islam lain tanpa mengira soal parti.

Namun, perjalanan tugas tersebut perlu dilakukan secara berhemah dan mengambil kira keadaan persekitaran.

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger