Monday, January 30, 2012

PAS RELA DIAIBKAN DEMI KELANGSUNGAN BERSAMA PAKATAN PEMBANGKANG


PAS menerusi Ketua Dewan Ulama PAS, Harun Taib ‘mempersilakan’ Dr Hassan Ali mengecam dan mengkritik PAS yang disifatkannya telah tergelincir daripada perjuangan asal menegakkan kebenaran Islam. Hanya dengan ini akan membuatkan kepimpinan tertinggi PAS sedar dengan apa yang diungkapkan bekas ahli PAS berbanding kecaman daripada pemimpin UMNO dan BN.

Ini bukan kali pertama PAS menerima kritikan dan desakan daripada bekas pemimpin PAS yang keluar parti mahupun dipecat. PAS menerima dengan hati terbuka dan dengan ini akan menyebabkan pemimpin PAS Pusat membuka mata dan telinga untuk bertindak dan menjawab tohmahan tersebut.

"Kalau dia (Hasan) ada banyak modal (keburukan PAS) lagi yang dia nak dedah, kita persilakan. Kalau dia nak terus serang kita (PAS), silakan.

"Kita tak ada masalah sebab sudah biasa dengan perkara macam ini dan bersedia untuk menolak segala dakwaan buruk terhadap PAS.

Dr Hassan Ali sekarang ini sedang dalam penjelajahan dalam Perhimpunan Sejuta Umat (Himpun) di seluruh negara bagi menjelaskan kepada rakyat bagaimana hala tuju perjuangan pemimpin PAS.

Dalam Himpun yang diadakan di Pulau Pinang, Dr Hassan Ali menyifatkan PAS sebagai parasit perosak akidah kerana tidak menyokong gerakan untuk menyelamatkan umat Islam daripada gejala murtad. Di samping itu, kepimpinan tertinggi PAS juga sanggup melarang ahlinya menyertai program berkaitan akidah seperti Himpun.

Untuk itu, rakyat diminta menyokong prinsip perjuangan Dr Hassan Ali yang berpegang kepada menjaga kedaulatan agama Islam, memperjuangkan hak orang Melayu dan memelihara institusi Raja-Raja Melayu. Hanya dengan cara ini sahaja akan membuatkan orang Melayu dan agama Islam sentiasa relevan di Malaysia dengan kini ada di kalangan rakyat sendiri yang cuba menafikan hak sebegitu.

1 komen:

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger