Tuesday, January 24, 2012

PEGUAM NEGARA RAYU KEPUTUSAN BEBASKAN ANWAR IBRAHIM, NGO ANTARABANGSA KEBINGUNANGAN


Pada 9 Januari 2012, penyokong Anwar Ibrahim yang berkumpul di perkarangan tempat letak kereta di hadapan Mahkamah Tinggi Jalan Duta menyambut kemenangan apabila Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah memutuskan Anwar Ibrahim tidak bersalah dan dibebaskan atas kesilapan teknikal berkaitan DNA.

Dalam tempoh itu, penyokong-penyokong Anwar Ibrahim dan Pakatan Pembangkang memuji keputusan Hakim Mahkamah itu sebagai ketelusan badan kehakiman. Di kala pujian yang tinggi melangit, penyokong Anwar Ibrahim menafikan rayuan yang akan dibuat Saiful Bukhari. Kebanyakan mereka mengkehendaki Saiful Bukhari tidak merayu dan menerima keputusan Mahkamah Tinggi.

Anwar Ibrahim juga mengambil kesempatan pembebasan dirinya itu dengan memberikan amaran kepada BN dalam PRU-13 nanti. Di samping Anwar Ibrahim juga sibuk mengadakan road shownya ke seluruh negeri dan beberapa negara luar bagi menerangkan bagaimana caranya dapat melepaskan diri daripada kes liwat selama 3 tahun lebih.

Bagi pihak keluarga Saiful, bapanya dalam satu temu bual meminta Peguam Negara memfailkan rayuan berhubung hak yang ada padanya sebagai seorang mangsa. Sehingga ke detik akhir pada hari Jumaat, jam 4.15 petang, Ketua Unit Rayuan, Bahagian Perbicaraan dan Rayuan, Manoj Kurup dari pejabat Peguam Negara memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi, 9 Jan yang melepas dan membebaskan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim daripada tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan.

Notis rayuan telah ditandatangani oleh Peguam Cara Negara, Datuk Idrus Harun yang pernah mengetuai pasukan pendakwaan kes liwat tersebut semasa Anwar Ibrahim pertama kali didakwa di Mahkamah Sesyen pada 7 Ogos 2008.

Rayuan Peguam Negara terhadap pembebasan Anwar Ibrahim telah mendapat perhatian umum daripada satu organisasi berpengkalan di Amerika Syarikat (AS), Human Rights Watch (HRW). Persoalan di sini, apakah kaitan atau hubungan Anwar Ibrahim yang hanya seorang ketua pembangkang dan Ketua Umum PKR di Malaysia dengan organisasi antarabangsa itu tanpa sebarang kepentingan negara?

Ini kerana kenyataan Pengarah HRW Asia, Phil Robertson terhadap kes liwat Anwar Ibrahim itu sebagai bukan kes jenayah.
“Keputusan (rayuan) ini bermakna rakyat Malaysia akan terus dihadapkan dengan komplot politik di mahkamah, memandangkan kerajaan menjadikan perbicaraan terhadap satu kes yang sepatutnya bukan kes jenayah.

Kenapa HRW menganggap dakwaan liwat Anwar bukan satu kes jenayah ?

Ramai di kalangan rakyat Malaysia yang tidak mengetahui bahawa sepanjang perbicaraan kes liwat Anwar Ibrahim dalam tempoh 3 tahun lepas, Robertson telah menjalankan satu missionari berkempen menggugurkan kes Anwar.

“Revoke Law Banning Same-Sex Sexual Relations, Drop Case against Ex-Deputy Prime Minister Anwar Ibrahim” atau “Hapuskan Undang-undang Mengharamkan Hubungan Seks Sejenis – Gugurkan Kes Terhadap Bekas Timbalan Perdana Menteri Anwar Ibrahim” yang dikempen oleh HRW banyak disambut oleh gerakan LGBT (Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender) seperti di pinknews dan gaystarnews.

Menurut Robertson tindakan mengenakan pendakwaan liwat ke atas Anwar Ibrahim melanggar privasi peribadinya kerana ia dilakukan secara suka sama suka.

Tambah Robertson lagi “undang-undang yang menghukum perlakuan seksual secara suka sama suka di antara orang dewasa sejenis merupakan pencerobohan hak privasi dan peribadi.

“Tindakan hukuman sebegitu hanya mewujudkan situasi diskriminasi dan berlakunya penyalahgunaan kuasa”, katanya.

Dari portal mynewshub.my, mengesahkan kempen HRW itu telah mengesahkan bahawa Anwar Ibrahim sememangnya terlibat dalam hubungan seks luar tabie tersebut.

Kenyataan HRW menyebut, “Whether or not Anwar Ibrahim engaged in consensual ‘sodomy’ is irrelevant. It’s time to reject this law and end the farcical political theater that promotes discrimination based on sexual orientation and destroys people’s lives” yang dalam bahasa Malaysia bermaksud:

“Sama ada Anwar Ibrahim benar-benar melakukan liwat secara suka sama suka atau tidak, ia tidak relevan sama sekali. Kini tiba masanya untuk menolak undang-undang tersebut dan mengakhiri sandiwara politik lawak yang mempromosikan diskriminasi berlandaskan orientasi seksual dan membinasakan kehidupan orang lain“.

Justeru, kini telah terjawab kepada persoalan Kenapa Anwar Ibrahim berani bersuara dalam kes liwatnya walaupun bertentangan dengan agama adalah disebabkan sokongan dan bantuan daripada organisasi antarabangsa yang selama ini membiayai kerja-kerja politik Pakatan Pembangkang. 

1 komen:

  1. When in Rome do what the roman does....**** d outsiders we don't them to tell Us what good n Not good for us.... when their human rights r more worst than what they preached.

    ReplyDelete

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger