Saturday, January 14, 2012

PENIAGA PKNS BERI KATA DUA, IKRAR SOKONG BN PADA PRU-13



Keprihatinan PM terhadap nasib peniaga PKNS yang sebelum ini telah mengeluh dan menyampaikan memorendum supaya PM campur tangan dalam menyelesaikan masalah mereka telah menggerakkan PM melakukan tinjauan mesra ke Kompleks Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor. Tujuannya adalah untuk menyelami masalah kadar sewa yang dihadapi peniaga Bumiputera di premis berkenaan.

Dalam tinjauan mesra PM ke Kompleks PKNS, peniaga Bumiputera telah mengemukakan masalah secara bersemuka tanpa kehadiran Exco Selangor sebaliknya hanya menghantar pegawai PKNS, Siti Zubaidah Abd. Jabar bagi mewakili PKNS dan Kerajaan Selangor.

Peniaga mendakwa mereka ditindas ekoran kenaikan harga sewa premis perniagaan antara 70 hingga 100 peratus mulai 1 Januari lalu.

Tinjauan mesra PM telah menyaksikan beliau meninjau beberapa lot kedai di kompleks berkenaan sebelum mengadakan sesi dialog dan perbincangan bersama peniaga terbabit di Restoran D&R.

Dalam ucapannya, PM menyatakan hasrat kerajaan BN membantu para peniaga terbabit jika diberi kepercayaan kerana beliau tidak rela melihat golongan tersebut tertekan.

“Ada (peniaga) yang memberi cadangan supaya kerajaan Pusat ambil alih kompleks ini (PKNS), tetapi kerajaan negeri mungkin akan mengenakan pelbagai syarat. Jadi daripada mengambil alih kompleks, lebih baik ambil alih semula kerajaan negeri.

“Kita juga akan berbincang dengan Kementerian Pelancongan supaya Kompleks PKNS ini dapat menjadi salah satu tarikan pelancong (beli-belah) di sini.

Bagi Yang Dipertua Persatuan Peniaga-peniaga Kompleks PKNS, Amran Yahya, mereka semua menaruh harapan tinggi agar Perdana Menteri dapat campur tangan dalam membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi mereka.

“Dalam menyakinkan peniaga tersebut, PM akan membantu kami serta menasihati kami supaya dapat bertahan dengan keadaan ini sehingga pilihan raya akan datang.

Terdahulu Persatuan Peniaga-peniaga Kompleks PKNS telah memfailkan tuntutan injunksi (perintah sekatan) di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini bagi menghalang PKNS menaikkan kadar sewa lot kedai di kompleks itu mulai Januari tahun ini.

2 komen:

  1. Saya mewakili lebih 100 peniaga Melayu yang masih menunggu giliran untuk memulakan perniagaan di Kompleks PKNS.
    Ada di antara kami yang dah menunggu lebih 5 tahun. Namun, sampai hari ini hajat nak berniaga secara halal masih tak kesampaian. Ini kerana, menurut PKNS langsung tidak ada satu lot yang kosong. Yang peliknya, ada pula peniaga di kompleks itu yang ‘buat bising’ bila harga sewa dinaikkan. Setahu kami, walaupun lepas kadar sewa dinaikkan di kompleks, ia masih lagi murah berbanding Plaza Alam Sentral dan SACC. Kami pula hanya menanti peluang untuk berniaga. Bagi mereka yang merasakan kadar sewa terlalu tinggi, berikut sajak luahan hati kami:

    Beri Peluang Kepada Peniaga Baru
    Al kisah kompleks lama Shah Alam,
    Terkenal dengan kain dan tudung,
    Bumiputera dinamik,maju di ilham
    Tempat ramai perniaga berlindung.

    Subsidi sewa berkurun kurun,
    Pengunjung lebih 10 juta setahun,
    Pelbagai ofis sekitar dibangun,
    Komplennya masih bisnes menurun.

    Ini yang aku pelik tak faham
    Sewa murah, nak berapa lama?
    Dah 30 tahun subsidi di baham
    Kenapa masih orang yang sama?

    Banyak penyewa, pendatang ke Selangor,
    Ada yang bukan warga Negara,
    Anak tempatan, masih menganggur,
    Anak Selangor, Warga Malaysia.

    Menunggu giliran berkurun lama
    Tidak diberi, peluang berniaga,
    Kalau sewa dah murah sangat,
    Peniaga baru tidak ada peluang!


    Inilah Melayu yang tak mau berdikari
    Dah kaya pun masih mentaliti subsidi
    Punya kereta menjalar, duit seguni
    Rumah banglo mewah plus dua bini


    Duit rakyat menanggung subsidi sewa
    Dah sewa murah, pengunjung berjuta
    Masih tak laku, tak payah berniaga
    Rakyat 5 juta pun ada hak juga!!!

    Kepada PKNS tuan punya Kompleks,
    Kami merayu menunggu giliran,
    Sanggup bayar sewa lebih,
    Asalkan Melayu berdaya saing!

    Yang Benar:
    Zahid Kamaruzaman
    kzahid83@gmail.com

    ReplyDelete
  2. aku anak selangor..
    berhajat nak niaga
    pkns kata tak ada kosong
    tgk kedai semuanya org luar yg punya
    pedihnya hati anak selangor terus melopong

    ReplyDelete

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger