Wednesday, January 18, 2012

PENYOKONG PAS DAN PKR YANG SOKONG LGBT MURTAD



Kenyataan Ketua Pembangkang yang juga Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim dalam wawancaranya di stesen televisyen BBC Asia pada 12 Januari lepas menegaskan bahawa undang-undang yang melibatkan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) di Malaysia sudah lapuk dan perlu dihapuskan telah dibantah seluruh rakyat Malaysia kecuali penyokong-penyokong PAS dan PKR. Manakala, penyokong DAP sejak dari dulu lagi membantah undang-undang ini kononnya menghalang hak asasi manusia.

Sikap keterlaluan pemimpin Pakatan Pembangkang khususnya Anwar Ibrahim yang secara terang mengutuk undang-undang homoseksual di Malaysia yang disifatkannya sebagai lapuk itu telah mengundang kemarahan rakyat. Ramai tidak percaya Anwar Ibrahim sanggup menghalalkan homoseksual biarpun beliau seorang Islam. Apakah beliau tidak melihat sejarah bagaimana kaum Nabi Lut diazabkan oleh Allah swt disebabkan perbuatan mereka menghalalkan hubungan sejenis?

Justeru, umat Islam yang menolak hukum agama yang melarang amalan hubungan sejenis seperti yang diperjuangkan kumpulan LGBT dianggap melakukan jenayah akidah dan terkeluar daripada agama Islam atau murtad. Perbuatan sebegini sekaligus menghina dan merendahkan hukum Allah SWT.

Sesiapa yang menghalalkan hukum ini sama ada melalui al-Quran dan hadis juga ijma’ ulama perlu bertaubat nasuha dan kembali mengucap dua kalimah syahadah.

Selain Anwar Ibrahim, Majlis Peguam yang secara terang menyokong menyokong LGBT ini apabila cubaan mereka sebelum ini mahu mengadakan Seksualiti Merdeka. Dan, kenyataan Anwar Ibrahim yang mahu menghapuskan undang-undang hubungan sejenis telah mendapat sokongan daripada Majlis Peguam.


Bagi penyokong tegar Pakatan Pembangkang seperti PAS dan PKR, yang beragama Islam, mereka seolah-olah merelakan diri mereka diperlakukan sebegitu demi mahu mencapai sokongan politik. Akibatnya, mereka sanggup menjual dan mengorbankan akidah demi meraih sokongan politik untuk memenangi pilihan raya.

Selain Majlis Peguam, hubungan sejenis itu turut mendapat sokongan Institut Hak Asasi Manusia Persatuan Peguam Antarabangsa (IBAHRI) yang mendesak kerajaan menghalalkan aktiviti LGBT dengan meminda undang-undang sedia ada kononnya bagi memastikan perundangan negara seiring dengan undang-undang antarabangsa.

Selain pengamal hubungan sejenis, individu yang cenderung kepada kefahaman itu serta mereka yang bersahabat, bekerjasama, bersubahat atau bersetuju dengan perbuatan itu juga dianggap melakukan jenayah akidah.

Ini juga termasuk mereka yang memberi laluan atau mengeluarkan bantuan kewangan kepada kumpulan yang menyokong kebebasan seksual itu.

Oleh yang demikian, tidak hairanlah selepas ini golongan sejenis LGBT ini akan menjadi penyokong tegar Anwar Ibrahim dan Pakatan Pembangkang dalam usaha menghapuskan undang-undang hubungan sejenis bagi menghalalkan perbuatan itu.

2 komen:

  1. Rasanya... kenyataan DSAI ya agak tergantung... mungkin juak nya nak madah, undang2 ya dah lapuk dan perlu diperbaharui dari segi perlaksanaan, enekmen ataupun bentuk hukuman.. tapi nampak gilak juak perundangan tentang benda tok senget la.. mcm kes liwat.. sepatutnya perlu ada enakmen menghukum kedua-duanya kerana kesalahan liwat.. contoh terbait pasal kes DSAI pun la.. kenak sikda pertuduhan untuk SBA sebelum diputuskan SBA ya diliwat cara paksa.. perlu ada pertuduhan dan sesi pendengaran kes. nokya la perlu diperbaharui.. mun dimusnahkan ya.... "Ayuh kita ke jalanraya"

    "Harap Blog tok jangan jadi sumber fitnah"

    ReplyDelete
  2. Sebenarnya, dsai tidak diberikan platform yang kukuh di malaysia untuk memberi sebarang bantahan, pendapat dan juga komen kepada seluruh rakyat Malaysia. Sedia maklum, UMNO menguasai sebahagian besar media-media yang ada di malaysia. Yang termampu oleh pihak PR memberi sebarang penjelasan hanyakah melalui akhbar2 rasmi harakah dan suara keadilan (terbitan 2 kali seminggu untuk harakah dan terbitan tidak berkala bagi suara keadilan) selain melalui kemudahan internet yg masih belum menembusi secara total di negara ini terutamanya di kwsn luar bandar. Cadangan saya, berikan PR slot di TV agar mereka dapat menangkis segala fitnah dan tohmahan yg dibuat oleh pihak2 yang tidak mengenal erti dosa pahala itu. Sistem ini (pemberian slot TV kepada parti pembangkang politik) telahpun diamalkan di negara-negara maju spt Amerika Syarikat (negara kafir pun reti hormat hak pembangkang) seiring dengan sistem demokkrasi yang sering dilaung-laungkan oleh kerajaan selama ini...

    ReplyDelete

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger