Monday, January 2, 2012

PKR PENTINGKAN KUASA POLITIK BERBANDING PEMBANGUNAN MODAL INSAN RAKYAT SELANGOR



Jika di Kedah, Kerajaan pimpinan PAS mahu merobohkan Madrasah Salihiah Kanchut di Jalan Tambang Badak berbeza pula di Selangor, apabila Kerajaan pimpinan PKR mahu merobohkan Asrama Yayasan Selangor.

Tindakan Yayasan Selangor di bawah kepimpinan PKR yang tetap mahu merobohkan Asrama Yayasan Selangor menunjukkan mereka lebih mementingkan soal ekonomi daripada pembangunan modal insan.

Tindakan itu hanya menunjukkan wajah sebenar kerajaan negeri yang mendakwa memperjuangkan keadilan serta kebajikan untuk rakyat.

Persoalannya, mengapa asrama berkenaan yang menyediakan peluang pendidikan kepada anak- anak luar bandar Selangor yang kurang berkemampuan dan miskin untuk dihantar ke sekolah kawalan di bandar yang baik, hendak dihentikan?

Ini menandakan Kerajaan Selangor pimpinan Pakatan Pembangkang sanggup menggadaikan kebajikan masyarakat luar bandar demi keuntungan jangka pendek berbanding pembangunan modal insan yang sangat penting bagi jangka panjang.


Difahamkan Yayasan Selangor membuka tender kepada pemaju yang berminat untuk membangunkan tanah tapak asrama yang akan dirobohkan nanti. Lebih mengecewakan, pihak Yayasan Selangor atau kerajaan negeri dikatakan tidak menyediakan alternatif untuk membina asrama baru bagi menggantikan asrama yang akan dirobohkan itu nanti.

Tindakan terbaru kerajaan Pakatan Pembangkang perlu diberikan perhatian supaya rakyat perlu menilai semula kerajaan negeri yang telah diberikan mandat untuk memerintah itu tetapi gagal melaksanakan tanggungjawabnya dengan menghukum mereka dalam pilihan raya akan datang.


Perkembangan terbaru tersebut merupakan berita dukacita kepada warga pendidik kerana asrama seperti itu sepatutnya diperbanyakkan, bukan dikurangkan.

Langkah mengutamakan keuntungan dan kebendaan itu dilihat tidak selari dengan pembangunan insan serta usaha kerajaan untuk memberi peluang kepada pelajar luar bandar menuntut di sekolah ternama di kawasan bandar.

Asrama ini yang usianya telah mencecah puluhan tahun sejak ianya dibina pada tahun 1970-an lagi telah memberikan banyak manfaat dan mengeluarkan ramai pelajar yang telah berupaya menyumbang kepada pembangunan negeri dan negara. Justeru, perbuatan Yayasan Selangor mahu merobohkan Asrama Yayasan Selangor bagi memberi peluang pembangunan pusat komersial adalah suatu perbuatan yang menidakkan keperluan rakyat khususnya mereka yang berkemampuan untuk mendapatkan pendidikan yang sempurna. 

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger