Saturday, January 14, 2012

PM SELESAIKAN MASALAH RAKYAT SELANGOR SETELAH TIDAK DISELESAIKAN KERAJAAN PAKATAN PEMBANGKANG



Gambar di atas cukup menunjukkan sokongan rakyat terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak walaupun berada di negeri pimpinan Pakatan Pembangkang. Ini bukan kali pertama, bahan setiap kali lawatan rasmi atau tidak rasmi Perdana Menteri di negeri-negeri pimpinan Pakatan Pembangkang, sambutan yang diterima cukup memberansangkan.

Terbaru, lawatan PM ke Selangor telah mendapat sambutan hangat malah lebih hangat daripada perhimpunan Bebaskan Anwar 901 tempoh hari. Di sebalik lawatan PM ke Selangor, rakyat Selangor mengambil kesempatan ke atas meluahkan perasaan mereka terhadap kegagalan kerajaan Selangor pimpinan Pakatan Pembangkang membantu mereka dan tidak menunaikan janji-janji PRU 2008 walaupun sudah 4 tahun memerintah.

Penduduk di Pangsapuri Rimba Jaya, misalnya, meluahkan kekecewaan mereka terhadap janji PRU 2008 yang banyak tidak ditunaikan. Begitu juga dengan golongan peniaga seperti di Kompleks Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) yang mengadu hal mengenai kerajaan negeri yang sebelum ini menabur janji lunak dan manis.

Apabila sudah berkuasa para pekedai di kompleks berkenaan dikenakan kenaikan sewa bukan 10 peratus, bukan 20 peratus tetapi 100 peratus. Keputusan ini sangat keterlaluan dan tidak adil kepada peniaga yang kebanyakannya membantah keputusan kerajaan Selangor melalui PKNS yang dianggap menindas peniaga Melayu.

Di manakah slogan negara berkebajikan seperti yang dilaungkan PAS seteru dalam Pakatan Pembangkang?

Dalam pertemuan petang itu bersama PM, kelihatan sekumpulan besar penyokong PAS dilihat turut hadir mendengar ucapan Najib. Difahamkan mereka ini merupakan kumpulan yang menyokong bekas Exco Selangor yang pecat, Dr Hassan Ali.

Dalam pada itu, selain peniaga yang ditindas PKNS, masalah lain yang diadukan kepada PM ialah masalah bekalan air, sampah sarap termasuk masalah rakyat di Pangsapuri Rimba Jaya.

Menurut PM, jika mahu menyelesaikan masalah yang dikemukakan rakyat Selangor, maka adalah lebih baik rakyat Selangor menyerahkan pemerintahan kepada BN. Hanya dengan cara ini, BN boleh menyelesaikan masalah rakyat Selangor yang semakin hari semakin meruncing.

Untuk memberikan nafas baru kepada penduduk Pangsapuri Rimba Jaya, PM yang juga Pengerusi BN Selangor telah mengumumkan penyelesaian kepada masalah penduduk Pangsapuri Rimba Jaya dengan meluluskan peruntukan membina sebuah surau dan kuil yang gagal dilaksanakan oleh kerajaan negeri sehingga kini.

Pengumuman PM itu telah melegakan rakyat Selangor yang tinggal di Pangsapuri Rimba Jaya dan sekaligus menggambarkan keprihatinan kerajaan BN terhadap masalah rakyat Selangor. 

1 komen:

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger