Monday, January 2, 2012

POLIS NAFIKAN PUKUL PELAJAR DALAM DEMONTRASI DI UPSI



Malaysia Insider telah menyiarkan berita yang berbentuk provokasi ke atas tugas polis dalam menyuraikan pelajar-pelajar UPSI yang didalangi pemimpin Pakatan Pembangkang dan dianjurkan kumpulan penuntut Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) bersempena sambutan Tahun Baru 2012.

Malaysia Insider dalam artikel yang bertajuk ‘Polis pukul, tahan aktivis mahasiswa dalam demonstrasi di UPSI’ hasil tulisan  Mohd Farhan Darwis. Pelajar-pelajar yang mengadakan demonstrasi aman menuntut kebebasan akademik mendakwa telah dipukul dan ditahan polis berikutan ingkar arahan pihak berkuasa berkenaan agar bersurai awal pagi tadi.

Ternyata sikap wartawan Malaysia Insider itu mempunyai niat negatif dan bertujuan untuk memberikan gambaran yang tidak baik terhadap tugas polis. Sebelum ini polis telah mengeluarkan amaran bahawa perhimpunan dan demontrasi yang bersifat menganggu ketenteraman awam adalah dilarang sama sekali. Polis tidak akan berkrompomi dalam isu keselamatan orang awam.


Susulan itu, polis telah mengadakan sidang akhbar bagi menepis dakwaan itu yang dikatakan mempunyai unsur-unsur yang tidak baik dan bersifat mencemar nama baik polis.

Ketua Polis Perak Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata dakwaan yang tersebar di beberapa blog mengenai kecederaan dua ahli SMM akibat dipukul Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) adalah tidak benar dan merupakan fitnah.

"Semasa perhimpunan itu, tiada anggota FRU dipanggil bertugas... hanya anggota dari Ibu Pejabat Polis (IPD) Daerah Tanjung Malim sahaja, dan ternyata blog berkenaan cuba membuat fitnah.

"Malah semasa menyuraikan perhimpunan haram itu, anggota kami tidak menggunakan sebarang kekerasan malah bertindak dengan sangat berhemah.

Beliau berkata kecederaan ahli kumpulan mahasiswa itu adalah disebabkan rempuhan yang mereka lakukan sendiri, dan bukan dipukul polis seperti didakwa.


Mohd Shukri berkata pada awalnya, polis cuba menasihati kumpulan itu dan memberi masa selama 30 minit untuk bersurai, namun mereka tidak menghiraukannya malah bertindak lebih agresif.

"Mereka kemudian mara dan berbaring di atas jalan raya, mengganggu lalu lintas... polis terpaksa bertindak demi keselamatan awam menghalang perlakuan berkenaan, namun ia masih dilakukan dengan berhemah.

"Mereka terus lari lalu merempuh pula klinik berdekatan sehingga berlaku kerosakan pada premis itu dan kemudian polis menahan 17 penuntut pada masa tersebut,” katanya.

Penjelasan polis itu telah memberikan situasi sebenar kejadian dan mengharapkan agar rakyat tidak mudah terpedaya dengan permainan kotor Pakatan Pembangkang. Rakyat boleh menilai sendiri bahawa perbuatan kumpulan SMM itu disifatkan sebagai menganggu ketenteraman awam yang mempunyai niat jahat. 

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger