Friday, January 13, 2012

PROGAY FILIPINA GEMBIRA ANWAR IBRAHIM DIBEBASKAN



Berita pembebasan ‘Gay Malaysia’ dalam kes liwat ke atas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan bukan sahaja disambut gembira oleh penyokong dan ahli-ahli Pakatan Pembangkang, bahkan juga disambut kegembiraan oleh Organisasi Progresif Gay Filipina (ProGay).

ProGay Filipina dalam satu kenyataan menerusi portal berita di http://www.tempo.com.ph berkata, sudah tiba masanya undang-undang berkenaan liwat yang merupakan sebahagian daripada legasi kolonial British itu dihapuskan di Malaysia.

‘‘Kami bersama-sama pergerakan individu demokratik yang lain meraikan kejayaan Anwar menentang penganiayaan terhadap beliau.”

Pegawai Hak Asasi Manusia, Oscar Atadero

Menurut pertubuhan itu lagi, pembebasan Anwar itu juga merupakan langkah positif bagi perjuangan hak golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) di Malaysia.


Pada Isnin lepas, Mahkamah Tinggi di sini membebas dan melepaskan Anwar daripada tuduhan meliwat Mohd. Saiful Bukhari selepas mendapati tiada bukti kukuh bagi menyokong keterangan Mohd. Saiful Bukhari selain tidak selamat untuk mahkamah bergantung kepada bukti asid deoksiribonukleik (DNA).

Hanya disebabkan kesilapan teknikal, Anwar Ibrahim dilepaskan sedangkan hakikatnya perlakuan liwat Anwar Ibrahim ke atas Saiful Bukhari itu benar-benar berlaku.

Filipina adalah antara negara yang sering dilawati Anwar dalam mendapat sokongan berhubung isu kes liwatnya selain Indonesia.

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger