Sunday, January 8, 2012

PROTES ‘BEBASKAN ANWAR 901’ LAGI AHLI-AHLI PKR PULAU PINANG KELUAR PARTI



Imej PKR kian merudum di Pulau Pinang disebabkan perlakuan sebilangan besar kepimpinan tertinggi PKR dan Pakatan Pembangkang yang mengheret rakyat terlibat dalam perhimpunan Bebaskan Anwar 901 pada 9 Januari ini.

Akibatnya, seramai 300 ahli dan penyokong PKR di Sungai Acheh mengambil keputusan keluar parti dan menyertai BN.

Faktor penyebab mereka keluar parti adalah kecewa dengan kepimpinan, tindakan itu juga disebabkan kegagalan pemimpin pakatan tersebut menunaikan janji pilihan raya 2008 yang disifatkan mereka sebagai janji-janji kosong. Sehingga kini, satu pun janji-janji pilihan raya 2008 tidak pernah ditunaikan dan apabila ditanya tunggu sehingga PRU-13 nanti.


Menurut wakil kumpulan, Musa Ali, 52, yang mewakili penyokong dan ahli DAP, PKR dan PAS, penyertaan mereka ke BN adalah disebabkan tidak sanggup lagi ditipu oleh pimpinan pembangkang. Mereka percaya kepimpinan Perdana Menteri dan hanya BN sahaja yang dapat membantu rakyat.

"Semasa berkempen untuk Pilihan Raya Umum 2008 lalu, macam-macam mereka janji, tapi bila sudah menang janji hanya tinggal janji.

"Kami dah bagi mandat untuk memerintah Pulau Pinang tetapi pembangkang tidak dapat melaksanakannya. Jadi untuk apa kita nak sokong mereka lagi?" katanya di sini hari ini.

Pada majlis itu, kumpulan 300 orang berkenaan hadir menyatakan sokongan untuk menyertai BN dan mereka turut berikrar menyokong BN pada pilihan raya umum akan datang.

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger