Wednesday, January 4, 2012

SOKONG ANWAR IBRAHIM AGENDA PAS MASIH TERUS MENYIMPANG JAUH



Disebabkan terlalu taksub dengan keupayaan Anwar Ibrahim menyampaikan ceramah walaupun apa yang diperkatakannya adalah dusta dan fitnah, PAS tetap dengan pendiriannya untuk menyokong Anwar Ibrhim menjadi Perdana Menteri. Atas alasan itu, PAS bersetuju untuk bekerjasama dengan PKR dalam menjayakan demontrasi jalanan pada 9 Januari 2012 bagi membebaskan Anwar Ibrahim.

Ini dinyatakan Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr. Abd. Rani Osman yang bersetuju untuk mengerah dan menggerakkan ahli dan penyokong PAS di seluruh negara untuk berhimpun bagi menyatakan sokongan kepada Anwar Ibrahim.

Melihat kepada persetujuan itu, adalah benar kenyataan Dr Hassan Ali yang memberitahu perjuangan dan hala tuju PAS telah menyimpang jauh dari landasan sebenar termasuk memperjuangkan Islam.

Jika benar PAS masih memperjuangkan Islam, kenapa pemimpin PAS perlu bersetuju untuk mengikuti demontrasi haram di jalanan yang ternyata memudaratkan ketenteraman awam. Islam melarang umatnya melakukan sesuatu tindakan yang boleh menganggu ketenteraman rakyat dan boleh menyebabkan huru-hara.

Sikap sebegini juga menunjukkan PAS menghalalkan perbuatan yang dilakukan Anwar Ibrahim khususnya dalam meliwat. Kenapa perlu mengadili sendiri hanya kerana mahu membebaskan Anwar Ibrahim. Sedangkan mahkamah belum lagi memutuskan sama ada Anwar Ibrahim bersalah atau tidak. 

2 komen:

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger