Saturday, January 14, 2012

SUARA KEADILAN TARIK BALIK AMANAT PALSU ANWAR IBRAHIM?



Sebelum Anwar Ibrahim dibebaskan daripada tuduhan meliwat pada 9 Januari, suatu amanat yang ditulis Anwar Ibrahim telah disiarkan akhbar rasmi PKR, Suara Keadilan. Amanat bertajuk “Kenapa Perlu Tawan Putrajaya?: Amanat Ketua Pembangkang Menjelang PRU-13” ditulis atas sebab Anwar Ibrahim percaya beliau akan disabitkan bersalah dan akan dibicarakan selain mahu terus menyeru penyokongnya berbuat apa saja termasuk mengadakan demontrasi jalanan.

Bagaimanapun, keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebaliknya dan membebaskan Anwar Ibrahim daripada tuduhan meliwat. Pembebasan itu sekaligus membuatkan Anwar Ibrahim bebas dan kini merancang mengadakan ceramah ke seluruh negara termasuk di beberapa negara luar bagi menjelaskan bagaimana kerajaan BN menggunakan kes liwatnya untuk mencemarkan namanya selama 3 tahun ini.

Bagi kebanyakan pihak dan rakyat, penarikan balik artikel itu dilihat sebagai amat pelik kerana artikel berkenaan disiarkan oleh akhbar rasmi parti itu sendiri. Apakah motifnya?

Ini menunjukkan kepada rakyat bahawa penulis dan penerbit serta empunya Suara Keadilan itu sanggup menyiarkan manat palsu daripada Anwar Ibrahim semata-mata mahu menagih sokongan rakyat.

PKR sering membuat dakwaan serta tuduhan kononnya media arus perdana menyiarkan berita palsu dan fitnah terhadap Anwar walhal mereka sendirilah yang sebenarnya menyiarkan berita palsu.

2 komen:

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger