Monday, January 30, 2012

THE WALL STREET JOURNAL TERSILAP TERBITKAN WAWANCARA ANWAR IBRAHIM?


Kecoh satu Malaysia apabila Anwar Ibrahim buat hal lagi apabila menyiarkan wawancara Anwar Ibrahim yang disiarkan dalam Wall Street Journal. Kenyataan tersebut adalah mengenai penerimaan dan sokongan Anwar Ibrahim terhadap segala tindakan kejam yang dilakukan oleh Israel terhadap rakyat Palestin selama ini dan mengutuk segala bentuk ancaman kepada Israel.

Apakah motif wawancara Anwar Ibrahim itu dalam Wall Street Journal yang secara terang menyokong perjuangan Israel atau Yahudi? Mengimbas kembali hubungan Anwar Ibrahim dan rejim Zionis Yahudi ini bukanlah perkara baru dan pernah dilaporkan sebelum ini di dalam blog-blog prokerajaan, tetapi ramai yang menidakkannya khususnya penyokong Pakatan Pembangkang.

Yang pasti ‘hubungan’ ini bertujuan mendapatkan dana kewangan dan sokongan antarabangsa bagi Pakatan Pembangkang menghadapi PRU-13 akan datang.

Masihkah ingat bagaimana pemimpin dan penyokong Pakatan Pembangkang mengasak Najib Razak berkenaan dengan Gagasan 1Malaysia yang dijadikan asas pentadbiran dengan menyamakannya dengan One Israel. Biarpun pelbagai alasan dan penerangan dibuat namun menjadi kerja hakiki Pakatan Pembangkang yang tetap menyerang kerajaan dengan fitnah dan tohmahan.

Dan, sekarang Allah telah memperlihatkan kebenaran ke atas hambanya yang dizalimi dan difitnah. Jika dahulu Anwar Ibrahim yang menjadi dalang mengecam Gagasan 1Malaysia sebagai One Israel, kini telah memperlihatkan kebenaran siapakah yang sebenarnya menyokong dan membantu Israel Yahudi, kaum yang dilaknat Allah s.w.t di akhirat kelak.

Berbeza dengan pendirian Malaysia sejak daripada pemerintahan Tunku Abdul Rahman sebagai Perdana Menteri hingga kini mengutuk tindakan Israel sehingga membuatkan Malaysia tetap dengan pendiriannya untuk tidak mengadakan hubungan antarabangsa dengan Israel.

Nescaya, jika Pakatan Pembangkang memerintah pastinya hubungan Malaysia dan Israel akan termetrai dengan Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri seperti yang diwar-warkan.

Apakah Wall Street Journal tersilap menaip, menulis atau menerbitkan kenyataan Anwar Ibrahim yang menyokong perjuangan rejim Zionis Yahudi?

1 komen:

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger