Friday, February 10, 2012

ADUN PKR SELANGOR TERLIBAT DALAM SKANDAL PASIR


Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim sebelum ini menafikan sekeras-kerasnya pembabitan ADUN Selangor dan juga pemimpin PKR dalam skandal pasir yang telah menggemparkan rakyat Selangor ekoran pendedahan Gerakan Anti-PKR (GAP).

Bagaimanapun, Raja Petra Kamaruddin, penulis Free Malaysia Today yang cenderung memihak kepada Pakatan Pembangkang mendedahkan dua orang ADUN PKR Selangor, iaitu  ADUN Sri Muda, Mat Suhaimi Shafiei dan ADUN Batu Caves, Amirudin Shari, terlibat dalam skandal penyelewangan pasir.

Menurut Raja Petra Kamaruddin, kegiatan pasir di Selangor mempunyai unsur rasuah dalam urusan mendapatkan kontrak melombong pasir antara Mat Suhaimi dengan seorang kontraktor menerusi beberapa pertemuan di Pulau Pinang dan Subang serta rakaman perbualan telefon mereka.

Mat Suhaimi beberapa kali meminta wang daripada kontraktor berkenaan antara 15 Ogos 2009 hingga 5 Januari 2010, antaranya RM5,000 untuk perbelanjaan kempen pilihan raya, RM35,000 perbelanjaan Ramadan, RM10,000 jamuan Hari Raya dan RM50,000 yang masukkan dalam akaun bank sebuah syarikat untuk kegunaan pilihan raya.

Wang RM50,000 itu dimasukkan ke akaun Affin Bank, Klang menerusi transaksi pada 11 Januari 2010. 

Penyelewangan skandal pasir ini terbongkar susulan kepada pendedahan yang disiarkan kelmarin berhubung kematian kenalannya, Datuk Patrick Wong, seorang ahli perniagaan dalam rompakan di kediamannya di Bukit Bandaraya pada 2009 yang didakwa ada kaitan dengan skandal perlombongan pasir. 

Pembongkaran ini ternyata membuka lagi pekung PKR Selangor yang selama ini banyak dibantu oleh kebijaksanaan pemimpin PKR membohongi rakyat. Isu pasir ini telah membuatkan rakyat Selangor telah hilang kepercayaan terhadap pentadbiran dan pemerintahan Pakatan Pembangkang.

Jika semasa pemerintahan BN di Selangor, tiada satu pun isu pasir kedengaran disebabkan operasi dan pentadbirannya yang mengikut prosedur yang ditetapkan, namun ketika Selangor ditawan Pakatan Pembangkang, isu pasir menjadi kritikal disebabkan penyelewangan yang dilakukan ADUN PKR dan pentadbiran yang lemah.

Raja Petra juga mendakwa Mat Suhaimi turut meminta kontraktor pasir berkenaan bergabung dengan sebuah syarikat, Double Dignity (M) Sdn Bhd dengan Mat Suhaimi serta Amirudin menjadi antara lima pengarahnya dengan bayaran RM5,000. 
Pada 18 Januari 2010, syarikat berkenaan menghantar surat permohonan untuk melombong pasir di kawasan seluas 18 hektar di Dengkil kepada Mat Suhaimi dengan tandatangan sokongan oleh Amirudin. 

Menurut Raja Petra lagi, apa yang penting, Mat Suhaimi dan Amirudin telah berdaftar sebagai Pengarah Double Dignity (M) Sdn Bhd pada hari yang sama, iaitu 18 Januari 2010 dan ia bukan satu kebetulan. 

Yang jelas, wang itu adalah bayaran bagi membantu Double Dignity mendapatkan kelulusan daripada Kumpulan Semesta Sdn Bhd untuk melombong pasir di Selangor.

Mat Suhaimi memberitahu kontraktor itu perlu membayar segelintir orang dalam Kumpulan Semesta. Kumpulan Semesta adalah anak syarikat kerajaan Selangor yang menguruskan pengeluaran pasir di negeri berkenaan. 

Selain itu, rakaman perbualan telefon berkenaan ada menyebut Mat Suhaimi akan berbincang dengan individu yang dikenali sebagai Azmin selepas kontraktor itu meminta bantuan untuk melombong pasir di Batang Kali. Mat Suhaimi kemudian memberitahu, wang RM50,000 itu perlu dibayar kerana Azmin ketika itu sedang mengumpul wang untuk perbelanjaan pilihan raya.

Raja Petra juga mempersoalkan tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak meneruskan siasatan selepas skandal perlombongan pasir di Selangor didedahkan tahun lalu. 

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger