Friday, February 17, 2012

AKHBAR ISRAEL THE JURUSALEM POST SANJUNG ANWAR IBRAHIM


Anwar Ibrahim bukan sahaja mencatat sejarah sebagai pemimpin Malaysia pertama yang mendapat sanjungan tinggi daripada kepimpinan tertinggi Israel bahkan juga mendapat pengiktirafan kehormat apabila menyanjung tinggi keselamatan negara dan rakyat Israel.

Biarpun rakyat Malaysia dan negara-negara Islam menyelar tindakan Anwar Ibrahim itu yang diibarat sebagai pengkhianat, namun semua itu tidak dipedulikan Anwar Ibarhim. Yang penting adalah sokongan yang diterimanya daripada pemimpin Yahudi kerana ia berstatus antarabangsa.

Berikutan kenyataan kontroversi Anwar Ibrahim ke atas sokongannya terhadap isu keselamatan Israel, akhbar terkemuka Israel, The Jerusalem Post menerusi penulisnya, Michael Ordman telah menyanjungi tinggi pendirian Anwar Ibrahim biarpun berbeza agama dan dasar luar. Apa yang dilakukan Anwar Ibrahim kini menyakinkan Israel untuk menghalang Palestin membentuk sebuah negara dan perjuangan masyarakat Islam Palestin.

Pada 26 Januari lalu, akhbar The Wall Street Journal menyiarkan kenyataan kontroversi Anwar yang menyokong keselamatan Israel apabila berkata: "Saya menyokong semua usaha untuk menjaga keselamatan negara Israel”.

Dengan perasaan bangga, Michael Ordman secara peribadi gembira dengan kenyataan yang dibuat Anwar Ibrahim yang disifatkannya sebagai suatu pembaharuan yang wajar diikuti pemimpin dan negara Islam yang lain.

Dari segi politik dunia, secara peribadi saya suka dengan berita bahawa Ketua Pembangkang Malaysia mengiktiraf Israel dengan merujuk kenyataan Anwar Ibrahim dalam Wall Street Journal.

Untuk mengetahui lebih lanjut pandangan dan komen Michael Ordman, sila layari laman web Jerusalem Post, http://blogs.jpost.com dengan entri bertajuk We have lift-off yang ditulis pada 6 Februari.

Pujian dan sanjungan penulis The Jerusalem Post itu adalah yang kedua selepas 20 Mac 2008, apabila memuji Anwar Ibrahim menerusi rencana bertajuk Anwar Ibrahim: Malaysia's Future Prime Minister?

Biarpun mendapat kecaman hebat daripada rakannya dari PAS, namun ia sedikitpun tidak memperlihatkan rasa bersalah Anwar Ibrahim bahkan menegaskan pendirian tersebut dibuat berdasarkan penyelesaian dua negara dalam isu Israel-Palestin, konsep yang ditentang PAs dan majoriti umat Islam di dunia.

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger