Tuesday, February 28, 2012

BADRULAMIN BERKHALWAT – SAYA BERUNDUR DAN LEPASKAN SEMUA JAWATAN


Ekoran desakan pelbagai pihak baik dari dalam dan luar parti, Anggota Majlis Pimpinan Tertinggi PKR, Dr. Badrulamin Bahron bersedia berundur selepas hadir ke Pejabat Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) untuk memberi keterangan berhubung kejadian itu.
“Saya rela berundur sekiranya pengunduran itu boleh menyelamatkan perjuangan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Tegas Badrulamin lagi, tindakan itu terpaksa dilakukannya kerana tidak mahu imej PKR yang bercita-cita menang besar dalam PRU-13 akan datang. Pada Sabtu lepas, Badrulamin telah ditangkap berkhalwat bersama pasangannya yang juga isteri orang di hotel di Balok pada jam 3.00 pagi.

Beliau terdahulu menerima cadangan Pejabat PKR Selangor agar bercuti selama sebulan bagi menyelesaikan kes khalwat itu. Bagaimanapun, beliau rela mengundurkan diri daripada semua jawatan dalam PKR dan negeri Selangor bagi membersihkan nama PKR dan Pakatan Pembangkang.

Dalam keterangannya di Pejabat JAIP, beliau mengenali pasangannya itu yang juga merupakan isteri orang kerana pernah bersama mengerjakan umrah. 

1 komen:

  1. Ha ha rela mengundurkan diri...KENYATAAN ORANG BERSALAH TU.

    ReplyDelete

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger