Thursday, February 23, 2012

BAI’AH HANYA KEPADA ALAH


Tindakan PAS mewajibkan setiap calonnya berbai’ah kepada Presiden PAS dan Mursyidul Am PAS dalam PRU-13 nanti adalah bertentangan dengan ajaran Islam. Sebaliknya, menurut beberapa ulama dan tokoh terkenal, bai’ah itu hanya boleh dilakukan kepada Allah s.w.t sahaja.

Justeru, tindakan PAS itu dianggap membelakangkan agama Islam dan secara langsung mengongkong ahli-ahli PAS.

Sebelum ini, Presiden PAS Abdul Hadi Awang meminta semua calon yang mewakili PAS dalam PRU-13 supaya berbuat bai’ah tanpa ikrarnya kepada kepimpinan pusat. Jika setiap calonnya dikehendaki berbai’ah kepada pemimpin, bagaimana pula dengan pemimpinnya itu untuk berbai’ah kepada siapa?

Sebaliknya, Abdul Hadi Awang sepatutnya meminta ahli parti itu berbai’ah kepada Allah dan bukannya kepada pemimpin mereka yang hanya berminat untuk menang pilihan raya.

Merujuk kepada bai’ah atau lafaz taat setia yang dibuat oleh manusia ke atas pemimpin, adalah mudah mereka mempunyai kecenderungan melanggar lafaz yang telah dibuat.

Dalam Islam, bai’ah hanya kepada tuhan iaitu Allah dan hanya kepadaNya kita tunduk. Di samping itu, setiap yang beragama Islam berbai’ah kepada semua Nabi dan Rasulullah yang diiktiraf oleh agama Islam.

Abdul Hadi Awang menegaskan sekali lagi bahawa setiap calon PAS yang bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) diwajibkan berbai’ah dan sesiapa yang melanggar bai’ah itu akan ‘celaka dunia dan akhirat’.

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger