Tuesday, February 7, 2012

BEKAS PEMIMPIN PKR TUBUH KELAB PENYOKONG UMNO DI SARAWAK


Setelah mengambil keputusan keluar PKR pada 5 Januari lalu, bekas Timbalan Ketua Pemuda AMK Sarawak, Jaya Ramba kini dalam usaha membantu menubuhkan Kelab Penyokong UMNO di Sarawak.

Perletakan jawatan dalam AMK Sarawak disebabkan beliau telah hilang kepercayaan terhadap parti itu dan kepimpinannya. Beliau amat kesal kerana parti itu dan pemimpinnya ‘sangat’ meragui kehadiran beliau dalam parti yang dipergunakan semata-mata sebagai agenda politik pihak-pihak tertentu memperolehi sokongan semata-mata bagi memenangi parti.

Ditanya mengapa membantu Kelab Penyokong UMNO, jawapannya ialah tanda sokongan kepada kerajaan BN yang diterajui oleh UMNO. Begitupun, beliau menegaskan sehingga kini masih belum menyokong mana-mana parti kompenan BN Sarawak.

“Walaupun berpihak kepada BN selepas keluar daripada Keadilan, namun buat masa ini saya masih belum bersedia untuk menyertai mana-mana parti komponen BN di peringkat negeri.

Justeru itu, langkah membantu Kelab Penyokong UMNO di Miri suatu yang bertepatan berikutan sokongan yang semakin meningkat di kalangan masyarakat terutama pengundi terhadap parti itu di utara negeri ini.


Jelas Jaya lagi, saya telah dilantik menjadi wakil untuk menubuhkan Kelab Penyokong UMNO di Miri. Pada masa ini kelab tersebut hanya ada di Kuching dan Miri dijangka akan ditubuhkan dalam masa terdekat.

Jumlah keahlian UMNO di Miri dianggarkan sebanyak 3,000 dan jumlah itu dijangka meningkat apabila kelab berkenaan dilancarkan dalam sedikit masa lagi.

Selepas ini, beliau berhasrat untuk membongkar niat jahat dan mengungkaikan strategi kotor parti itu pada pilihan raya akan datang. Untuk itu, tidak lama lagi ratusan malah ribuan penyokong PKR di Miri akan dibawa menyertai Kelab Penyokong UMNO.

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger