Friday, February 17, 2012

BLOGGER PRO PAS BERSAMA BLOGGER PRO KERAJAAN KECAM ANWAR IBRAHIM


Jika sebelum ini blogger pro-PAS tidak sehaluan dalam blogger pro-kerajaan berkaitan politik Malaysia, tetapi dalam soal Palestin, kedua-dua blogger itu bersependapat bahawa kenyataan Anwar Ibrahim menyokong keselamatan Israel adalah bertentangan dengan akidah.

Blogger pro-PAS, Penarik Beca dalam artikelnya bertajuk “Anwar Ibrahim Sahkan Dia Sokong Segala Usaha Untuk Melindungi Keselamatan Negara Israel” berkata jawapan Anwar Ibrahim mengesahkan lagi bahawa beliau sememangnya menyokong keselamatan negara Israel walaupun meletakkan syarat Israel mesti menghormati aspirasi rakyat Palestin terlebih dahulu.

“Dia suruh kita baca dua ayat itu bersekali. Bila baca lagu tu, nampak jelaslah Anwar Ibrahim menyokong segala usaha untuk melindungi keselamatan negara Israel dengan syarat Israel mesti menghormati aspirasi rakyat Palestin

“Anwar Ibrahim jelas tidak mengambil kira aspirasi majoriti rakyat Palestin. Dalam laman Wikipedia bertajuk “Two-state solution” dinyatakan, “the majority of Palestinians do not accept the concept of two states for two peoples“. Akhbar puak Yahudi Israel The Jerusalem Post pula melaporkan berita bertajuk “6 in 10 Palestinians reject 2-state solution, survey finds“.

Blogger Cenangau dalam artikelnya bertajuk “Kenyataan Penuh Anwar – Jadinya, Bila Anwar Nak Saman?” pun sependapat dengan blogger Penarik Beca.

“Dengan kenyataan penuh ni dan kefahaman yang ada, Anwar Ibrahim memang bersetuju untuk mengiktiraf kedaulatan negara Israel.

Sekarang tidak timbul lagi soal tarik balik kenyataan di WSJ atau saman WSJ kerana Anwar Ibrahim sendiri mengaku menyokong kedaulatan Israel sepertimana yang dilaporkan majalah itu.

Kalau ikut kenyataan media, Anwar Ibrahim nampaknya memang mengaku bersetuju untuk iktiraf kedaulatan negara Israel dan menyokong segala usaha untuk melindungi keselamatan negara Israel. Anwar Ibrahim juga tidak kata The Wall Street Journal itu salah.

Pandangan Penarik Beca dan Cenangau turut dikongsi sentimen yang sama oleh blogger Aduka Taruna dalam artikelnya bertajuk “Kewujudan Israel Akan Diiktiraf? Bangsat Punya Anwar”.

Aduka Taruna memetik ayat Anwar Ibrahim berbunyi “Seandainya ini dihormati maka kewujudan Israel akan diiktiraf” yang mengesahkan hasrat sebenar Ketua Umum PKR itu.

Yang pasti, Anwar Ibrahim akan terus dikecam ekoran kenyataannya dalam WSJ yang bukan sahaja menyinggung rakyat Palestin bahkan seluruh negara-negara Islam termasuk rakyat Malaysia. Anwar Ibrahim kini terdesak untuk menyelamatkan dirinya biarpun masalah itu datang dan berpunca daripada dirinya sendiri.  

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger