Friday, February 3, 2012

KENYATAAN ANWAR GAMBARAN AWAL DASAR LUAR JIKA JADI PERDANA MENTERI


Apakah Malaysia akan mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel? Ini akan menjadi kenyataan apabila Anwar Ibrahim akan menjadi Perdana Menteri Malaysia sekiranya Pakatan Pembangkang menang dalam PRU-13 akan datang. Jika ini berlaku, maka Malaysia mencatat sejarah antara negara Islam pertama yang akan menjalinkan hubungan diplomatik dengan rejim Zionis.

Anwar Ibrahim secara terang menyokong keselamatan negara Israel dan mengutuk mana-mana negara yang mengancam keselamatan Israel.

Malaysia dan negara-negara Islam sebelum ini tidak pernah mengiktiraf Israel sebagai sebuah negara seperti mana yang ditegaskan beberapa pihak selaras dengan Inisiatif Keamanan Arab yang mahukan Israel dan Palestin memiliki negara masing-masing.

Malah, Malaysia dan 132 negara Islam bertegas bahawa Israel mesti mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara yang selamat bukan sebaliknya. Justeru, kenyataan Anwar Ibrahim itu jelas bertentangan dengan dasar negara-negara Islam terhadap Israel.

Secara jelas, Anwar Ibrahim dan Pakatan Pembangkang menjadikan Israel sebagai batu loncatan mereka dalam meraih sokongan di peringkat antarabangsa. 

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger