Monday, February 20, 2012

KERAJAAN DAP PULAU PINANG TINDAS PERKAMPUNGAN MELAYU


Kira-kira 200 penduduk Kampung Masjid bersebelahan Kampung Pokok Assam di Jelutong yang mewakili penduduk Melayu Pulau Pinang khuatir tentang masa depan perkampungan mereka yang kini semakin terhakis semenjak pemerintahan Pakatan Pembangkang selepas PRU-12 2008.

Bagi penduduk Kampung Masjid semenjak pemerintahan Pakatan Pembangkang dan DAP sehingga kini tiada penjelasan mahupun perbincangan berhubung status penetapan mereka di kampung itu. Inilah yang membuatkan penduduk-penduduk Melayu di Pulau Pinang berasa teraniaya.

Menurut Pengerusi Persatuan Badan Bertindak Penduduk Jelutong, Zarus Yusof, kesemua penduduk di situ menerima notis pembayaran pampasan untuk mengosongkan rumah masing-masing. Inilah yang membuatkan penduduk berasa gusar akan arahan terbaru itu dan memberikan kegelapan terhadap masa depan penduduk,

Masalah ini telah lama diajukan kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang tetapi sehingga kini tidak dijawab.

"Kami menerima notis dari Pejabat Tanah dan Galian (PTG) negeri pada 30 Disember tahun lalu dengan menawarkan beberapa pampasan berupa wang tunai kepada penduduk menduduki lot 12 hingga 19.

"Kami khuatir kerajaan negeri hanya berpura-pura membeli tanah di sini, selepas itu tanah ini akan dijual kepada pihak ketiga untuk pembangunan rumah mewah.

Menurutnya, pihaknya tiada pilihan selain mencari pihak yang dapat membantu menyelesaikan masalah termasuk menghantar memorandum kepada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang melakukan lawatan ke negeri ini semalam.

"Kami tidak bersetuju dengan pampasan berupa wang tunai berikutan ia ditawarkan dengan berlainan jumlah mengikut kedudukan rumah penduduk iaitu tawaran yang paling tinggi adalah RM180,000 manakala yang paling rendah adalah RM14,000.

''Apa yang kami inginkan pampasan berupa rumah kerana kami tidak mahu menjadi seperti penduduk Kampung Pokok Asam yang diberi pampasan sebanyak RM75,000 setiap rumah namun nasib mereka tidak terbela kerana tidak diberikan rumah.

"Apa yang membuat kami tidak berpuas hati adalah kerajaan negeri kerap melakukan pengusiran dengan pelbagai cara, namun jika diminta untuk berbincang, mereka enggan memberi kerjasama.
Penduduk turut mendesak Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Mansor Othman untuk berjumpa dengan mereka bagi mendengar serta memberi penjelasan mengenai masalah itu.

"Kami jemput mereka secara rasmi pun tidak dilayan malah tiada jemputan yang dihantar kepada kami untuk berjumpa dengan mereka di pejabat.

Mansor yang dihubungi petang semalam katanya, tidak menjawab panggilan bagi mendapatkan pengesahan.

Tambah Zarus, jika benar ada pihak ingin mengambil tanah di kampung berkenaan, pihaknya mendesak supaya pengambilalihan turut merangkumi lot 20, 21 dan 22 di Kampung Pokok Asam.

"Jika benar dakwaan PTG yang mengatakan pembelian tanah itu dibuat oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP), kami mendesak supaya jabatan itu turut membeli tanah di Kampung Pokok Asam kerana ia telah dibiarkan kosong tanpa sebarang projek.

Persoalan di sini, adakah masyarakat Melayu Pulau Pinang akan memberikan keprcayaan kepada Pakatan Pembangkang yang diterajui DAP untuk mentadbir Pulau Pinang dalam PRU-13 akan datang???

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger