Friday, February 10, 2012

KERAJAAN SELANGOR KECAM RAJA PETRA


Kematian ahli perniagaan Datuk Patrick Wong Kie Yik yang dipercayai dibunuh telah membuatkan penulis blog Free Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin mendedahkan kejadian sebenar yang berlaku disebalik tragedi itu.

Persoalannya di sini bukan siapa yang membunuh Patrick Wong Kei Yik, tetap apa cerita di sebalik pembunuhan itu.

Episod dua tulisan Raja Petra yang bertajuk Episode 2: The Murder of a Whistleblower yang disiarkan oleh portal berita, Malaysia Today semalam benar-benar menggemparkan Kerajaan Selangor dan Pakatan Pembangkang dipercayai isu terbaru ini telah menggugat populariti dan peluang Pakatan Pembangkang khususnya PKR mempertahankan Selangor.

Disebab itu, PKR Selangor menganggap entri Raja Petra dalam blognya berhubung kematian ahli perniagaan, Datuk Patrick Wong Kie Yik yang dipercayai dibunuh mempunyai kaitan dengan skandal penyelewengan pasir membabitkan pemimpin pakatan pembangkang adalah serius.

Bagi membuktikan kesahihan dakwaan itu, Setiausaha Politik kepada Menteri Besar, Faekah Husin meminta polis melakukan penyiasatan secara profesional bagi memberikan keadilan kepada mangsa dan kerajaan negeri yang secara tidak langsung dikaitkan oleh Raja Petra.

Malah, Faekah Husin mempertikaikan tulisan Raja Petra itu tanpa sebarang petunjuk, sokongan yang boleh diguna pakai.

Raja Petra dalam blognya mendakwa kematian bekas Presiden Persatuan Pemborong Binaan Malaysia (MBAM) itu mempunyai kaitan dengan skandal penyelewengan pasir membabitkan pemimpin pakatan pembangkang di Selangor.

Ini berdasarkan pertemuan antara beliau dengan mendiang di United Kingdom pada Oktober 2009 atau sebulan sebelum kejadian itu, di mana Patrick telah berjanji untuk mengumpul maklumat mengenai penyelewengan pasir untuk disiar dalam Malaysia Today.

Dalam kejadian pada 19 November 2009 lalu, Patrick, 57, yang ketika itu berada dalam bilik komputer dilaporkan maut apabila terjatuh daripada balkoni, ketika cuba menyelamatkan diri selepas panik melihat dua daripada tiga perompak menyerbu tingkat atas rumahnya.

Bagaimanapun, anak perempuan dan lelaki Patrick yang masing-masing berusia 18 dan 25 tahun serta pembantu rumah tidak diapa-apakan, sebaliknya perompak hanya melarikan dompet mangsa berisi ASD300 (RM1,018) dan telefon bimbit milik anak perempuan mendiang.
Justeru, dalam memberikan keadilan terhadap kematian rakannya itu, Raja Petra bersedia menyiasat dan mendedahkan lebih banyak lagi segala bukti rasuah dan penyelewengan pasir yang didalangi beberapa pemimpin pakatan pembangkang selepas tiga tahun beliau mengumpul maklumat.

Tindakan tersebut demi memberi penghormatan kepada Patrick kerana mendiang semasa hayatnya menentang aktiviti rasuah dan penyelewengan pasir di Selangor yang seolah-olah 'dihalalkan' walaupun Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim mengetahui perkara itu.

“Sekurang-kurangnya saya dapat memberi penghormatan kepada mendiang walaupun sedar dengan risiko nyawa yang terpaksa saya hadapi tetapi jika apa yang berlaku pada Patrick terjadi ke atas saya, ia mengesahkan apa yang saya kata (pembunuhan) tentang mendiang.

Bagi memberi tekanan kepada PKR, polis menjelaskan kes itu tidak pernah ditutup dan diklasifikasikan sebagai kes bunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. 

1 komen:

  1. Kita akan tunggu samada Kerajaan yang bertanggungjawab atas sistem Keadilan Federal berbuat sesuatu. Beratus kes menyabit salahguna dan rasuah tidak diambil tindakan. Yang mana pertama nak dilaksanakan dulu ?

    Bila ketika mereka siap menyenarai kesemuanya bagaimankah mereka nak bertindak?

    Dalam lain perkataan tiada tindakan dapat diambil bila tiba GE13.

    Hanyak Mahkamah Rakyat, iaitu GE13, dapat menghakimkannya. Selepas itu, bermulah reformasi sebenarnya, serta memulakan beratus kes.

    Kalau ada anak cenderung dengan undang-undang ...galakkan supaya jadi peguam ...banyak kerja nanti !!! :))

    ReplyDelete

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger