Tuesday, February 21, 2012

KESESAKAN JALAN RAYA DI PETRA JAYA DIJADIKAN MODAL PAKATAN PEMBANGKANG?


Isu kesesakan jalan raya bukan sahaja berlaku di Kuching malah terjadi di beberapa bandar di Malaysia terutamanya di Kuala Lumpur. Bagaimanapun, kesesakan di Kuala Lumpur merangkumi susur masuk dan keluar lebuh raya selepas melalui tol, tetapi tidak di Kuching.

Di kebanyakan jalan raya di Kuching ini mempunyai bulatan yang besar dengan simpang yang banyak serta terdapat banyak lampu isyarat. Di samping itu, bagi kawasan Petra Jaya, hanya Jalan Tun Salahuddin yang ada dan menjadi penghubung kepada bandar Kuching.

Pada PRN Sarawak Ke-10, isu kesesakan jalan raya di Petra Jaya telah dijadikan modal politik dalam kempen Pakatan Pembangkang. Isu ini dijangka akan dibawa sekali lagi oleh Pakatan Pembangkang dalam meraih undi pada PRU-13 nanti.

Kesesakan jalan raya di kawasan Petra Jaya telah berlaku saban tahun dan dalam tempoh dua hingga tiga tahun kesesakannya luar biasa disebabkan pertambahan kereta di atas jalan raya. Bagaimanapun, bentuk jalan raya di Petra Jaya masih lagi tidak berubah.

Menjadi kebiasaan, bermula jam 7.30 pagi hingga 8.30 pagi kesesakan jalan raya mula dirasai pengguna di beberapa jalan yang menuju ke bulatan Semariang dan Petra Jaya dalam kedua-dua arah. Biarpun ada anggota polis trafik dan peronda DBKU yang mengawasi bulatan namun ia tidak dapat membantu ekoran peningkatan jumlah kenderaan di atas jalan raya.

Manakala, pada jam 5.30 petang hingga 6.30 petang, kesesakan yang sama berulang di jalan dan bulatan yang sama. Walaupun jarak jalan raya tidak jauh, tetapi disebabkan bulatan itu menyebabkan kesesakan jalan raya.

Secara tidak praktikalnya, masalah kesesakan jalan raya ini boleh diatasi dengan pembinaan jalan bertingkat bagi menggantikan bulatan yang sedia ada. Dahulunya, bulatan itu sangat praktikal, tetapi apabila pertambahan kenderaan ia sudah tidak lagi relevan. Bagi mengatasi masalah ini, seperti yang telah dilaksanakan di beberapa jalan raya di Kuala Lumpur pembinaan jalan raya bertingkat sangat praktikal.

Bagi ADUN Tupong yang juga menteri di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam) Datuk Daud Abdul Rahman menjelaskan memang ada perancangan untuk mewujudkan jalan baharu, namun ia memerlukan kos sekitar RM80 juta hingga RM100 juta.

Untuk itu, bagi menyakinkan rakyat terus menyokong BN dalam PRU-13, masalah-masalah sebegini perlu diambil perhatian dan tindakan. Jangan hanya disebabkan keengganan mengatasi masalah ini membuatkan BN kehilangan sokongan di Parlimen Petra Jaya. 

0 komen:

Post a Comment

 

Copyright © POLITIK SEMASA SARAWAK Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger